link : Pemancing Hilang Diselamatkan Nelayan Vietnam
Pemancing Hilang Diselamatkan Nelayan Vietnam
Pengarah Maritim Wilayah Timur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Mamu Said Alee berkata Suhaimi Muhamad, 41, ditemui sebuah bot nelayan Vietnam di perairan sempadan Malaysia -Vietnam pada Rabu lepas.
“Mangsa yang hanyut ditemui sekumpulan nelayan Vietnam pada Rabu dan semalam kita mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa Vietnam bahawa mangsa adalah individu yang dicari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Suhaimi dilaporkan tergelincir dari bot sebelum dihanyutkan arus deras ketika memancing bersama 10 orang lagi rakannya kira-kira 65 batu nautika dari Kuala Terengganu.
Mamu berkata mangsa dilaporkan akan dibawa kumpulan nelayan berkenaan ke Pelabuhan Vung Tau, Vietnam dan dijangka tiba di pelabuhan itu pada Ahad ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghubungi Wisma Putra untuk urusan membawa pulang mangsa ke Malaysia.
Katanya, ekoran penemuan itu, APMM telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada tengah hari semalam.
Katanya, sebanyak 90 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi SAR berkenaan melibatkan aset antaranya KM Jujur, KM Nusa dan sebuah Pesawat udara Bombardier CL415MP. – BERNAMA
Demikianlah Artikel Pemancing Hilang Diselamatkan Nelayan Vietnam
Anda sekarang membaca artikel Pemancing Hilang Diselamatkan Nelayan Vietnam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pemancing-hilang-diselamatkan-nelayan.html