Pemandu BMS 7 mengaku tak bersalah dituduh lakukan khianat

Pemandu BMS 7 mengaku tak bersalah dituduh lakukan khianat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemandu BMS 7 mengaku tak bersalah dituduh lakukan khianat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu BMS 7 mengaku tak bersalah dituduh lakukan khianat
link : Pemandu BMS 7 mengaku tak bersalah dituduh lakukan khianat

Baca juga


Pemandu BMS 7 mengaku tak bersalah dituduh lakukan khianat

Pemandu kereta nombor pendaftaran BMS 7 yang video pergaduhannya viral di media sosial Khamis lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan melanggar kereta seorang seorang lelaki, lapor Harian Metro.
S. Simran Singh, 27, pelajar jurusan undang-undang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Mengikut pertuduhan, Simran didakwa telah melakukan khianat dengan mengundurkan kereta dan melanggar bahagian bumper hadapan kereta yang dipandu oleh Mohd Kamil Mokhtar, 49.
Simran didakwa melakukan perbuatan itu di tepi Jalan Pahang menghala ke Jalan Genting Klang pada jam 12.45 tengah hari, 13 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Dalam video pergaduhan yang viral di media sosial pada 16 Julai lalu, Simran dilihat bergaduh dengan seorang lelaki sejurus kemalangan itu berlaku. Simran mendakwa lelaki itu telah melanggar belakang keretanya.
Menurut Simran, dia mengambil keputusan untuk beredar selepas orang ramai mula campur tangan dan bimbang dengan keselamatan dirinya, sebelum membuat laporan polis pada hari kejadian.
Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pemandu BMS 7 mengaku tak bersalah dituduh lakukan khianat

Sekianlah artikel Pemandu BMS 7 mengaku tak bersalah dituduh lakukan khianat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu BMS 7 mengaku tak bersalah dituduh lakukan khianat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pemandu-bms-7-mengaku-tak-bersalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :