Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik

Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik
link : Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik

Baca juga


Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik

RAWANG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud penglibatan 'tangan-tangan politik' dalam tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengarahkan pemilihan semula diadakan bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang baru.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor jelas kecewa dengan perkara tersebut kerana katanya, ROS mengambil masa yang lama untuk mengambil satu keputusan yang mudah pada dasarnya.

"Saya rasa amat kecewa kerana ROS mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat satu keputusan yang paling mudah.

"Saya kira ini membuktikan bahawa ada tangan-tangan politik yang mencampuri keputusan tersebut,” ujarnya.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu menambah, beliau dimaklumkan bahawa CEC DAP akan mengadakan sidang tergempar pada hari ini.

BACA: Keunggulan demokrasi mati lemas dalam DAP

BACA: DAP semakin terdesak cari sokongan rakyat - Ibdilillah

BACA: ROS profesional, ikut peraturan - TPM

BACA: ROS sepatutnya batalkan pendaftaran DAP - PAP

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Agro Pelancongan Selangor Fruits Valley yang diadakan bersama Rumah Terbuka Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Pada Jumaat, ROS berkata ia akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula ahli CEC yang baharu untuk memilih 20 orang anggota yang sah, berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, ROS berpendirian bahawa pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama melalui pemilihan pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.

DAP mengadakan pemilihan pada 15 Disember 2012 tetapi berlaku kesilapan teknikal sehingga menjejaskan keputusannya.

Parti itu kemudian secara sukarela mengadakan pemilihan semula pada 29 September 2013, namun sebahagian daripada anggota parti tidak berpuas hati kerana mendakwa belaku kepincangan.

Mereka kemudian membuat aduan kepada ROS.

Jika DAP mematuhi arahan yang dikeluarkan ROS hari ini, parti itu akan mengadakan pemilihan kali ketiga untuk jawatan bagi tempoh 2013 hingga 2016.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik

Sekianlah artikel Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pemilihan-semula-cec-dap-azmin-kecewa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :