“Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah

“Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah
link : “Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah

Baca juga


“Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah

“Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah

Rumah Dayang sentiasa terbuka di hari raya untuk peminat. (Gambar: Instagram @dayangsayangkamu)

Jika sesetengah selebriti gemar meraikan peminat mereka dengan menganjurkan majlis Rumah Terbuka, lain pula halnya dengan penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah. Menurut Dayang, sejak dulu lagi beliau tidak pernah mengadakan rumah terbuka. Sebaliknya kata penyanyi yang baru saja muncul dengan single terbaru, Separuh Matiku Bercinta ini pintu rumahnya sentiasa terbuka menerima kehadiran tetamu tanpa mengira masa.

Bermacam ragam peminat yang datang beraya.

“Dayang sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu pada bila-bila masa. Bimbang jika menganjurkan rumah terbuka, Dayang tidak mampu melayan setiap tetamu yang datang. Kesempatan itu Dayang manfaatkan untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

“Biasalah, bila ramai tetamu yang datang, macam-macamlah ragam mereka. Ada di antara mereka tidak mahu pulang. Tidak kurang, ada yang ringan tulang hingga sanggup membantu di dapur. Dayang pula yang kurang selesa kerana mereka datang sebagai tetamu.

Ada yang mahu Dayang bersolek seperti di dalam tv.

“Paling melucukan, mereka mahu Dayang bersolek dan berdandan seperti yang sering mereka lihat di kaca televisyen atau majalah. Biasalah apabila di rumah, Dayang hanya bersolek ringkas tetapi mereka mahu Dayang bergaya sakan. Apa yang Dayang lakukan adalah menyuruh mereka lihat saja gambar Dayang di majalah,” ceritanya yang meraikan Lebaran di kampung iaitu Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Impikan semua album raya.

Dalam perkembangan lain, Dayang turut menyimpan impian untuk memiliki album raya sebagai pelengkap portfolio seperti yang pernah dihasilkan nama besar antaranya Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Siti Nurhaliza dan Wann. Bagaimanapun kata wanita berusia 35 tahun ini, kesukaran mendapatkan sentuhan baharu yang serasi menyebabkan impian itu terpaksa ditangguhkan.

Turut rakam lagu untuk Sukan SEA.

“Peminat juga lebih meminati lagu raya malar segar. Seandainya berpeluang, Dayang ingin merakamkan semula lagu raya popular seperti Kepulangan Yang Dinanti nyanyian Aman Shah dan Musafir Di Aidilfitri milik Allahyarham S Jibeng.

“Dayang pernah menyanyikan lagu itu ketika menjayakan program TV. Liriknya cukup menyentuh hati. Pasti sebagai penyanyi, Dayang berdoa kesempatan itu akan berpihak nanti,” kata Dayang yang hanya bercuti dua minggu kerana terikat dengan komitmen kerja.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah

Sekianlah artikel “Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Peminat Ringan Tulang Hingga Sanggup Membantu Di Dapur” – Dayang Nurfaizah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/peminat-ringan-tulang-hingga-sanggup.html

Subscribe to receive free email updates: