Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu

Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu
link : Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu

Baca juga


Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu

SANDAKAN: Usul Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi agar 50 peratus muka baharu diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti sejajar dengan pendirian pucuk pimpinan pergerakan itu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar berkata calon berkenaan tidak kira sama ada daripada Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita mahupun Pergerakan Puteri atau mereka yang dianggap boleh menang.

"Di peringkat kepimpinan Pemuda UMNO, kita telah membuat usul pada tahun lepas bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada muka baharu yang ingin diketengahkan adalah daripada Pergerakan Pemuda dan Puteri yang berusia 40 tahun ke bawah.

"Namun pada PRU ke-13 yang lalu, daripada 60 DUN, 25 Parlimen, Pemuda UMNO Sabah hanya mendapat satu kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi di sini pada Ahad.

Jamawi menyerahkan kepada kebijaksanaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah Hafeez Yamani Musa untuk membawa calon yang berpotensi boleh menang pada PRU akan datang.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata pergerakan Pemuda bahagian itu berpendirian teguh akan terus menyokong penuh kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak untuk terus mengemudi parti dan negara.

Pada masa sama, katanya, pergerakan pemuda UMNO bahagian itu juga akan terus berdiri teguh di belakang Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan.UMNO Sabah. -- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu

Sekianlah artikel Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda UMNO Batu Sapi mahu 50 peratus calon baharu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pemuda-umno-batu-sapi-mahu-50-peratus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :