PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA

PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA
link : PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA

Baca juga


PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA

Penasihat DAP, Lim Kit Siang diminta untuk menghentikan sandiwara mengenai persaraannya kerana rakyat tidak akan tertipu dengan cubaan terdesak Ahli Parlimen Gelang Patah itu untuk meraih simpati.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, setiap kali Kit Siang gagal sebagai pemimpin dia akan mengumumkan bahawa dirinya bersedia untuk berkorban dengan bersara untuk menyelamatkan DAP.

“Masyarakat tidak akan tertipu kali ini kerana diktator tidak akan bersara malah Kit Siang yang akan membuat orang lain bersara.

“Kit Siang hanya membuat tawaran persaraan untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalannya sendiri dan dia tidak pernah mempunyai niat untuk menyerahkan kepimpinan parti kepada Naib Presiden DAP, Dr. Tan Seng Giaw,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Kit Siang dilaporkan berkata, dia akan memulakan jelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan dirinya bersara.

Tengku Sariffuddin berkata, masalah serius yang perlu ditangani oleh Kit Siang ialah melibatkan jawatan Setiausaha Agung DAP, Penang Official 1 (Lim Guan Eng) yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Tiada siapa yang bercakap mengenai pembatalan pendaftaran DAP kecuali Kit Siang dan penyokongnya.

“Mungkin Kit Siang berharap pendaftaran DAP dibatalkan dan separuh perwakilan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang menentang dirinya serta dinasti keluarga Lim disingkirkan,” katanya.

Beliau berkata, Kit Siang dinasihatkan supaya berhenti daripada menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk semua masalah yang melanda DAP.

“Sudah tiba masanya Kit Siang betul-betul bersara daripada pemerintahan ala diktator yang diamalkannya selama setengah abad,” katanya.

Utusan


Demikianlah Artikel PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA

Sekianlah artikel PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PENASIHAT DAP TIDAK AKAN BERSARA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/penasihat-dap-tidak-akan-bersara.html

Subscribe to receive free email updates: