Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar

Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar
link : Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar

Baca juga


Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar

KOTA TINGGI – Penduduk Kampung Lukut di sini hidup dalam kebimbangan sejak terdapat seekor gajah liar berkeliaran di kampung mereka.

Seorang penduduk, Azman Husin, 38,  berkata rumahnya didekati gajah itu pada malam Ahad lalu namun tiada harta bendanya yang dirosakkan.

Beliau berkata kelibat haiwan itu juga sempat dirakam oleh jirannya menggunakan telefon bimbit.

“Sejak 4 Julai lepas, sudah enam kali haiwan itu menghampiri kawasan kampung yang terletak di kaki banjaran Gunung Panti dan kedatangannya antara pukul 9 malam hingga 12 tengah malam.

“Penduduk sudah pun memanjangkan kejadian kepada pihak berkuasa bagi tindakan sepatutnya,” katanya beliau ketika dihubungi, di sini.

Menurut rakannya Roslan Dahalan, 52, pula dia berharap pihak berkenaan memandang serius perkara terbabit walaupun tidak melibatkan kerugian.

“Kami bimbang tragedi gajah yang menyebabkan kematian di Ladang Tunjuk Laut tempoh hari berulang di sini. Bantulah kami dan pindahkanlah ia ke habitat asal mereka,” katanya.

Sementara itu, pemangku Ketua Kampung Lukut, Amran Saari, 53, berkata selain kawasan kampung itu, haiwan berkenaan turut memasuki kawasan stesen penyelidikan milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang terletak berhampiran.

Katanya mengikut maklumat dan tinjauan yang dilakukan, beberapa pokok getah muda telah dimusnahkan dipercayai angkara gajah terbabit, malah terdapat juga tapak kaki gajah ditemukan.

Dalam insiden 27 Jun lalu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 33 tahun ditemukan mati di Ladang Tunjuk Laut, Tanjung Sedili di sini dipercayai akibat dipijak gajah liar.

Kejadian turut mencederakan seorang rakan mangsa.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Negeri Jamalun Nasir Ibrahim mengesahkan menerima laporan daripada penduduk Kampung Lukut berkenaan seekor gajah dewasa yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

“Saya yakin gajah berkenaan terpisah dari kumpulannya yang dipercayai menghuni kawasan Hutan Panti yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan kampung,” kata beliau kepada Bernama ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

Menurutnya, buat masa ini tiada kerosakan serius dilaporkan, bagaimanapun pihaknya terus memantau keadaan gajah berkenaan. -BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar

Sekianlah artikel Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk Kampung Lukut, Johor Dihantui Gajah Liar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/penduduk-kampung-lukut-johor-dihantui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :