Pengundi Cina Perlu Berhenti Jadi Mangsa Penipuan DAP
MELAKA – Pengundi masyarakat Cina perlu berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP yang gagal menunaikan janji yang ditabur mereka kepada rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, itu berkata pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13, DAP telah mencanangkan bahawa mereka mampu membela rakyat namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
“Sudah dua kali (PRU) mereka (DAP) buat demikian, mereka boleh berkokok tetapi bila (rakyat) beri kuasa di Pulau Pinang mereka tidak boleh jadi baik daripada kerajaan (Barisan Nasional) yang terdahulu.
“Saya seru kepada pengundi Cina, cukup-cukuplah ditipu DAP, PRU14 nanti patah baliklah kepada Barisan Nasional (BN),” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Latiff Tamby Chik dan lebih 1,000 perwakilan bahagian itu. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pengundi Cina Perlu Berhenti Jadi Mangsa Penipuan DAP
Sekianlah artikel Pengundi Cina Perlu Berhenti Jadi Mangsa Penipuan DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengundi Cina Perlu Berhenti Jadi Mangsa Penipuan DAP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pengundi-cina-perlu-berhenti-jadi.html
Untungla muka macam Fazura..
AIK… kembar ke? Untung la kalau muka tu sama. Nak pula dengan artis popular, mesti bertuah badan.
Itulah yang dialami gadis comel, Nur Sya…Read More...