Pengurusan Bangunan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator

Pengurusan Bangunan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengurusan Bangunan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengurusan Bangunan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator
link : Pengurusan Bangunan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator

Baca juga


Pengurusan Bangunan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator

IPOH – Tiada penyelenggaraan serta sijil perakuan kelayakan (CF) tidak   diperbaharui bagi lif dan eskalator merupakan antara kesalahan dilakukan oleh pengurusan bangunan di Perak sejak Januari lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak Ir Mohd Hatta Zakaria berkata kesalahan itu dikesan berdasarkan pemeriksaan berkanun yang dijalankan ke atas 201 eskalator dan 608 lif sepanjang enam bulan ini.

Katanya hasil pemeriksaan, sebanyak 31 dan 63 masing-masing notis naik taraf serta larangan untuk lif dan eskalator telah dikeluarkan kepada pengurusan bangunan yang gagal mematuhi spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan.

“Antara kesalahan yang dilakukan oleh pengurusan bangunan membabitkan eskalator ialah gagal memasang ‘anti climbing’, ‘skirt brush’ serta ‘comb’ yang patah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kempen Kesedaran Keselamatan Penggunaan Lif dan Eskalator Malaysia peringkat negeri di sini, hari ini.

Mohd Hatta berkata berdasarkan statistik sejumlah 1,383 lif dan 408 eskalator telah berdaftar dengan JKKP Perak.

Mohd Hatta berkata pihaknya telah mengeluarkan empat kompaun berjumlah RM8,000 sepanjang tahun lepas terhadap pihak pengurusan premis atau bangunan kerana gagal menyelenggara lif dan eskalator, manakala terdapat satu kes pendakwaan di mahkamah bagi kesalahan yang sama melibatkan denda sebanyak RM3,000.

Ditanya mengenai kes pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap hampir 26 jam di dalam lif di sebuah pasar raya di Meru Raya di sini awal bulan ini, Mohd Hatta berkata pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kes berkenaan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Kita juga telah mengarahkan pihak pengurusan pasar raya terbabit supaya melakukan penyelenggaraan lif lebih kerap bagi mengelak kejadian yang sama daripada berulang,” katanya.

Tambahnya pada tahun ini, JKKP Perak menerima dua aduan daripada orang awam mengenai kes terperangkap di dalam lif iaitu masing-masing di pasar raya dan hospital di sini.

Dalam pada itu, Mohd Hatta turut menasihatkan pengguna lif dan eskalator supaya lebih berwaspada dan berhati-hati semasa menggunakan kedua-dua kemudahan berkenaan. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pengurusan Bangunan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator

Sekianlah artikel Pengurusan Bangunan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengurusan Bangunan Dikesan Tak Selenggara Lif, Eskalator dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pengurusan-bangunan-dikesan-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :