Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini

Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini
link : Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini

Baca juga


Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini

PULAU PINANG – Pengusaha makanan, G. Gobi Krishan yang terbabit dengan isu tender kantin di Polikteknik Seberang Perai (SPS) membuat laporan polis kerana mendakwa difitnah portal MalaysiaKini.

Gobi Krishnan, 45, yang mengusahakan syarikat makanan G A Multi Trading membuat laporan itu di ibu pejabat polis Seberang Perai Tengah (SPT) di sini kira-kira pukul 7 petang semalam.

Menurut beliau, laporan polis itu dibuat ekoran laporan portal berita bertajuk `Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik…’ yang disifatkan beliau tidak tepat.

Tambahnya, beliau tidak pernah membuat kenyataan dipaksa memeluk Islam sebaliknya hanya melahirkan rasa tidak puas hati berhubung sijil pengiktirafan piawaian (ISO) shariah yang dikenakan terhadap bukan Islam.

“Saya tidak berpuas hati dengan laporan portal itu yang bertentangan dengan apa yang saya maksudkan ketika sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy semalam.

“Malah, portal berita itu juga melaporkan saya akan mengheret isu ini ke mahkamah sedangkan saya tidak pernah membuat kenyataan seperti itu,” katanya.

Semalam portal MalaysiaKini memuat naik laporan berita itu berserta gambar Gobi Krishnan dan Ramasamy ketika sidang akhbar di pejabat Timbalan Ketua Menteri II berkenaan di Komtar di sini semalam, kira-kira pukul 4.49 petang.

Sidang akhbar Gobi Krishnan dan Ramasamy itu dibuat ekoran pengusaha makanan berkenaan tidak berpuas hati selepas kontrak perniagaannya di kantin PSP yang tamat hari ini tidak disambung.

Dalam pada itu, Gobi Krishnan berkata, beliau membuat laporan polis kerana khuatir laporan berita portal berkenaan disalah tafsir sehingga boleh mencetuskan ketegangan perkauman.

Ujar beliau, laporan polis itu juga dibuat supaya portal berkenaan dapat menarik semula berita palsu tersebut selain tindakan undang-undang sewajarnya diambil ke atas pemilik portal berkenaan. – MalaysiaGazette


Demikianlah Artikel Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini

Sekianlah artikel Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengusaha makanan buat laporan polis dakwa difitnah MalaysiaKini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pengusaha-makanan-buat-laporan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :