Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai

Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai
link : Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai

Baca juga


Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai

KUALA LUMPUR: Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan daripada perniagaan dinasihatkan untuk mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2016 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 15 Julai bagi mengelakkan penalti lewat hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

LHDN dalam kenyataan pada Selasa menjelaskan menurut subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967, kegagalan mengemukakan BNCP dalam tempoh yang dibenarkan boleh menyebabkan individu tersebut dikenakan penalti sehingga tiga kali ganda daripada amaun cukai yang ditaksirkan.

Menurut kenyataan itu, tarikh akhir mengemukakan borang tersebut ialah pada 30 Jun, namun LHDN memberi tambahan masa sehingga 15 Julai ini untuk pembayar cukai mengemukakan borang tersebut melalui kaedah e-filing.

"Ini bermakna mereka mempunyai kira-kira lima hari sahaja lagi untuk mengemukakan Borang B dan seterusnya menjelaskan semua bayaran cukai pendapatan Tahun Taksiran 2016 yang dikenakan," menurut kenyataan itu.

Sehingga 30 Jun lepas, LHDN menerima sebanyak 336,382 Borang B Tahun Taksiran 2016 berbanding hanya 334,572 dalam tempoh sama tahun lepas, sekali gus menunjukkan peningkatan penerimaan borang tersebut sebanyak 0.54 peratus.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai

Sekianlah artikel Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peniaga dinasihat kemukakan Borang B sebelum 15 Julai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/peniaga-dinasihat-kemukakan-borang-b_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :