link : Penulis “Aku Hidup Dalam Blues” Meninggal Dunia
Penulis “Aku Hidup Dalam Blues” Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Penulis novel grafik bersiri ‘Aku Hidup Dalam Blues’, Azzam Supardi meninggal dunia akibat sakit jantung di Pusat Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Abang ipar Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad, berkata pengarang berusia 50 tahun itu diserang strok tiga kali dengan kejadian pertama berlaku di kediamannya di Saujana Utama, tahun ini.
Mohamad Saleeh berkata, serangan kedua berlaku ketika Allahyarham pulang berhari raya ke kampung isterinya di Pahang, menyebabkannya dimasukkan ke hospital di Bentong.
Arwah kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan UiTM Sungai Buloh dengan ambulans pada hari raya keempat.
“Sebelum ini, tiada sesiapa yang mengetahui arwah mempunyai penyakit jantung, tambahan lagi dia dikenali sebagai seorang yang periang.
“Arwah diketahui menghidap sakit gout dan mungkin dia sendiri baru mengetahui mengenai penyakit jantung dihadapinya,” katanya kepada BH di sini, hari ini.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak di Sungai Buloh, tengah hari ini.
Allahyarham meninggalkan balu, Siti Rubiahtuliza Ahmad Tajuddin berserta tiga anak, Fatin Amira Najwa, 18; Muhammad Faiz, 16; dan Fatin Adelia Nisa, 6.
Aku Hidup Dalam Blues menjadi antara siri yang terkenal dalam majalah Ujang pada dekad 1990-an ditulis oleh Azzam yang menggunakan nama pena Toyon, manakala lukisan pula oleh kartunis Aie.
Azzam sempat melahirkan beberapa buku antaranya Monolog Seorang Lelaki pada tahun 2013, Prequel Breakfast Blues (2014) dan 99 Stress Free Daddy (2016).
Alfatihah..
sumber: BH
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Penulis “Aku Hidup Dalam Blues” Meninggal Dunia
Anda sekarang membaca artikel Penulis “Aku Hidup Dalam Blues” Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/penulis-aku-hidup-dalam-blues-meninggal_5.html