link : Penyanyi Popular M’sia, Indonesia Jayakan Konsert Nova
Penyanyi Popular M’sia, Indonesia Jayakan Konsert Nova
BERSEMPENA sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, satu konsert berskala besar melibatkan nama-nama besar dalam industri seni bakal menghiburkan penonton menerusi Konsert NOVA yang akan diadakan pada 5 Ogos ini.
Konsert NOVA bakal menampilkan barisan penyanyi popular Malaysia seperti Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Azlan and The Typewriter sementara Indonesia diwakili Judika, Cakra Khan dan Shahrini.
Konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu menampilkan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik dan Reza Mohamed selaku hos konsert.
Konsert NOVA dianjurkan oleh Suasana Enak Sdn Bhd dengan kerjasama Winning Matters Sdn Bhd.
Tiket-tiket berharga dari RM121 hingga RM403 boleh didapati dengan melayari laman web rasmi www.ticketpro.com.my atau hubungi hotline 03-78807999. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Penyanyi Popular M’sia, Indonesia Jayakan Konsert Nova
Sekianlah artikel Penyanyi Popular M’sia, Indonesia Jayakan Konsert Nova kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penyanyi Popular M’sia, Indonesia Jayakan Konsert Nova dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/penyanyi-popular-msia-indonesia-jayakan.html