Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata Kantoi Penipu

Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata Kantoi Penipu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata Kantoi Penipu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata Kantoi Penipu
link : Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata Kantoi Penipu

Baca juga


Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata Kantoi Penipu


NAMPAKNYA selepas isu peraduan palsu yang membolehkan orang ramai memenangi 15 buah motosikal Yamaha Y15Z secara percuma, hari ini muncul pula peraduan menggunakan modus operandi yang sama.

Kali ini, laman Facebook yang menggunakan nama Honey Jewelry Malaysia telah menawarkan sepasang set barangan kemas dikatakan bernilai lebih RM3,000.


“Percuma rantai emas. Sempena pembukaan Honey Jewelry, dua orang pemenang dicari.

“LIKE page dan share posting ini…komen bertuah dan aktif akan dihubungi sebagai pemenang,” tulis laman Facebook berkenaan.

Para pemenang bertuah kononnya akan diumumkan selepas melalui proses pemilihan berdasarkan perkongsian peraduan terbabit di laman sosial.

Ternyata, taktik peraduan palsu itu mengundang padah apabila kantoi menggunakan wajah seorang wanita yang dikenali sebagai Bainun Zulkifli di laman sosial, sebagai pemenang peraduan terbabit.


Lantas pemilik asal kepada wajah itu memuat naik perkongsian status memberitahu yang gambar dirinya telah digunapakai oleh laman Facebook tidak bertanggungjawab itu.

“Maaf la ini bukan Facebook aku, ni fake account and aku tak pernah join contestmacam ni. Aiyoo mohon jangan tertipu okay,” tulis wanita itu.

Ekoran terbongkarnya penipuan yang dijalankan, netizen khususnya golongan wanita menghentam teruk laman Facebook Honey Jewelry Malaysia sehingga membuatkan laman itu telah dinyahaktifkan seketika.


Bagaimanapun hasil semakan kami sebentar tadi mendapati, laman Honey Jewelry Malaysia telah ditukar nama sebagai ‘Kusa dan Lenda Malaysia’.

Tidak setakat itu, laman itu juga turut memiliki jumlah pengikut seramai 42,669 orang.


Ada yang mendakwa ia sememangnya cara sesetengah pihak tidak bertanggung jawab bagi mencari ‘Likes’ di laman sosial dan kemudiannya menjual akaun terbabit kepada pemilik yang baru.

Apa-apa pun buat netizen di laman sosial, anda dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan diharapkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang sering dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata Kantoi Penipu

Sekianlah artikel Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata Kantoi Penipu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peraduan Palsu Menang Emas Ternyata Kantoi Penipu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/peraduan-palsu-menang-emas-ternyata_10.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :