IPOH – Perak akan memberi insentif RM25,000 kepada penerjun negara Cheong Jun Hoong atas kejayaannya meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia (FINA).
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemberian insentif itu sebagai menghargai kejayaan Jun Hoong yang telah mengharumkan nama negara dalam kejohanan dunia itu di Budapest, Hungary pada 19 Julai lepas.
“Sebelum ini, kerajaan negeri telah memberi ganjaran kepada Jun Hoong iaitu sebuah rumah, atas kejayaannya pada Sukan Olimpik Rio yang lalu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Jun Hoong memenangi pingat emas selepas mengumpul 397.50 mata dengan menumpaskan penerjun dari China, Si Yajie yang meraih perak dengan kutipan 396.00 mata, manakala juara Olimpik, Ren Qian pula membawa pulang gangsa (391.95 mata).
Pada temasya Olimpik Rio 2016, Jun Hoong memenangi pingat perak bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama wanita. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Perak Hadian RM25,000 Kepada Jun Hoong
Sekianlah artikel Perak Hadian RM25,000 Kepada Jun Hoong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perak Hadian RM25,000 Kepada Jun Hoong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/perak-hadian-rm25000-kepada-jun-hoong.html
Kejutan ketika hendak bertarawih“SANGAT menyedihkan kerana berlaku pada Ramadan ketika umat Islam di sekitar ini mahu menunaikan solat Tarawih.”
Itu kata penuntut Malaysia …Read More...
Saya ibu, sahabat Poh Li"Saya akan terus menjaga Poh Li seperti anak sendiri," kata, V Pichay, 57, yang menjaga Poh Li, 12, sejak kanak-kanak perempuan itu berusia …Read More...