link : Perginya ketika mencari rezeki
Perginya ketika mencari rezeki
REMAJA lelaki, Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, maut selepas tersepit pada lif barang di tempat kerjanya di kedai perkakas dan aksesori di Jalan Sukamari, Pendang, hari ini.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah Mohd Firdaus Daud berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.05 petang dan tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.
Menurutnya, sebaik tiba, pihaknya mendapati mangsa dari Kampung Paya Palas, Kuala Rimau tersepit pada lif barang di tingkat dua kedai itu.
"Kami mengambil masa selama kira-kira 30 minit bagi mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
Difahamkan, Muhammad Zairul sudah tidak bersekolah dan bekerja di situ bagi membantu keluarganya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Perginya ketika mencari rezeki
Anda sekarang membaca artikel Perginya ketika mencari rezeki dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/perginya-ketika-mencari-rezeki.html