Perhimpunan Bantah Keganasan Israel Di Masjid Al Aqsa

Perhimpunan Bantah Keganasan Israel Di Masjid Al Aqsa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perhimpunan Bantah Keganasan Israel Di Masjid Al Aqsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perhimpunan Bantah Keganasan Israel Di Masjid Al Aqsa
link : Perhimpunan Bantah Keganasan Israel Di Masjid Al Aqsa

Baca juga


Perhimpunan Bantah Keganasan Israel Di Masjid Al Aqsa

KUALA LUMPUR – Lebih 300 orang berhimpun secara aman di Jalan Tun Razak di sini, hari ini bagi membantah keganasan terbaharu Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Perhimpunan selama dua jam itu bermula 2 petang di bawah kempen ‘Selamatkan AlQuds’ dengan disertai oleh 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Muslim Care Malaysia, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) lain-lain.

Peserta perhimpunan sebelum itu berarak dari bangunan Lembaga Tabung Haji ke kedutaan Amerika Syarikat di sini untuk menyerahkan memorandum membantah keganasan Israel namun, tidak dibenarkan berhimpun di hadapan kedutaan itu.

Presiden Mapim Azmi Abdul Hamid berkata hanya beliau dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor dibenarkan ke kedutaan itu untuk menyerahkan memorandum itu.

Memorandum itu bertujuan menggesa kerajaan Amerika Syarikat, yang juga sekutu kuat Israel, untuk mengambil tindakan berhubung peristiwa terkini di Masjid Al Aqsa.

“Kami serahkan memorandum itu kepada pengawal keselamatan di kedutaan itu kerana hanya dibenarkan berbuat demikian di situ.

“Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dibuat terhadap umat Islam di Palestin,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Azmi berkata perhimpunan itu diadakan untuk mendesak supaya dihentikan tindakan tentera Israel menutup kawasan Masjid Al Aqsa untuk umat Islam.

Pada 16 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa.

Menurut laporan media, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu. –  BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Perhimpunan Bantah Keganasan Israel Di Masjid Al Aqsa

Sekianlah artikel Perhimpunan Bantah Keganasan Israel Di Masjid Al Aqsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perhimpunan Bantah Keganasan Israel Di Masjid Al Aqsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/perhimpunan-bantah-keganasan-israel-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :