link : Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)
Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)
Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan di Uruguay (1830).
Peristiwa
1290 – Edward I mengeluarkan edik mengusir semua orang Yahudi dari England.
1863 – Perang Saudara Amerika: Unit tentera Amerika-Afrika formal pertama, Regimen ke-54 Infantri Massachusetts mengetuai serangan ke atas Kubu Wagner di Carolina Selatan.
1925 – Adolf Hitler menerbitkan jilid pertama manifesto peribadinya Mein Kampf.
1942 – Jurutera Jerman menguji pesawat pejuang Messerschmitt Me 262, kali pertama sebuah pesawat turbin jet terbang.
1944 – Jeneral Hideki Tōjō (gambar) terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun selepas satu siri kegagalan pada akhir Perang Dunia Kedua.
1976 – Di Sukan Olimpik Montreal, Nadia Comaneci menjadi orang pertama mendapat markah sempurna 10 dalam acara gimnastik Olimpik moden.
1982 – Angkatan tentera Guatemala dan sekutu separa tenteranya membunuh lebih 250 orang Maya di Baja Verapaz.
2013 – Penyelidik mengumumkan penemuan Pandoravirus, genus virus baharu dengan genom dua ganda lebih besar daripada sebarang virus lain.
Kelahiran
1918 - Nelson Mandela, seorang Presiden Afrika Selatan.
Kematian
1872 - Benito Juarez, Presiden Mexico.
2012 - Rajesh Khanna, seorang pelakon dan penerbit filem Bollywood.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Julai)
sumber: wikipedia
Demikianlah Artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)
Anda sekarang membaca artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai) dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/peristiwa-penting-hari-ini-dalam_18.html