link : Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Julai)
Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Julai)
Peristiwa
1644 - Gabungan Covenanter Scotland dan Roundhead England menewaskan golongan setiaraja Cavalier dalam Pertempuran Mur Marston berhampiran York, salah satu pertembungan muktamad dalam Perang Saudara England.
1839 - Lebih 50 orang hamba Afrika memberontak di atas kapal abdi La Amistad berhampiran pantai Cuba.
1881 – Presiden A.S. James Garfield ditembak mati di Washington, D.C.
1900 - Penerbangan pertama Zeppelin dilakukan di atas Tasik Constance berdekatan Friedrichshafen, Jerman.
1937 - Amelia Earhart dan pemandu arah Fred Noonan hilang di Lautan Pasifik dalam usaha terbang mengelilingi dunia.
1964 - Presiden Lyndon B. Johnson memeterai Akta Hak Awam 1964 yang melarang pemisahan kaum di tempat awam di Amerika Syarikat.
1976 - Selepas Perang Vietnam, Vietnam Utara dan Selatan bersatu di bawah pemerintahan komunis untuk membentuk Republik Sosialis Vietnam.
1997 - Nilai Baht Thai berkurang sehingga separuh dengan cepat, menandakan permulaan Krisis Kewangan Asia 1997.
2009 - Diplomat Jepun Yukiya Amano dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
2012 - GlaxoSmithKline mengaku bersalah terhadap dakwaaan jenayah penipuan penjagaan kesihatan dan didenda rekod AS$3 bilion.
Kelahiran
1821 - Charles Tupper, Perdana Menteri Kanada ke-6.
1937 - Richard Petty, bekas pelumba NASCAR.
1942 - Vicente Fox, Presiden Mexico.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 Julai)
sumber: wikipedia
Demikianlah Artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Julai)
Anda sekarang membaca artikel Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 Julai) dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/peristiwa-penting-hari-ini-dalam_2.html