Pesakit kelima jangkitan rabies di Serian dikesan

Pesakit kelima jangkitan rabies di Serian dikesan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesakit kelima jangkitan rabies di Serian dikesan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesakit kelima jangkitan rabies di Serian dikesan
link : Pesakit kelima jangkitan rabies di Serian dikesan

Baca juga


Pesakit kelima jangkitan rabies di Serian dikesan

KUCHING: Seorang lelaki disahkan dijangkiti rabies, atau penyakit anjing gila di daerah Serian, menjadikan beliau sebagai orang kelima yang dijangkiti penyakit itu sejak dikesan di daerah berkenaan bulan lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lelaki berumur 52 tahun dari Kampung Remun, Serian itu disahkan dijangkiti rabies menerusi ujian makmal pada 18 Julai.

Menurutnya lelaki itu mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lepas, dan pada 11 Julai lalu beliau yang mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan, dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

BACA: Rabies: Jangan pandang ringan jika digigit kucing

BACA: Satu kes baharu gigitan kucing dilapor di Kuala Sepetang

"Oleh itu, sehingga 18 Julai ini, terdapat lima kes rabies di Serian, Sarawak, yang mana empat kes telah meninggal dunia, dan satu sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak," katanya dalam kenyataan pada laman web hari ini.

Dua hari lepas, seorang kanak-kanak Florancesia Edward, 5, menjadi pesakit keempat meninggal dunia di hospital itu akibat rabies.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pesakit kelima jangkitan rabies di Serian dikesan

Sekianlah artikel Pesakit kelima jangkitan rabies di Serian dikesan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesakit kelima jangkitan rabies di Serian dikesan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pesakit-kelima-jangkitan-rabies-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :