Polis tidak gentar ugutan Geng 04

Polis tidak gentar ugutan Geng 04 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis tidak gentar ugutan Geng 04, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis tidak gentar ugutan Geng 04
link : Polis tidak gentar ugutan Geng 04

Baca juga


Polis tidak gentar ugutan Geng 04

Polis tidak gentar dengan ugutan ahli kongsi gelap Geng 04 tetapi akan terus mempergiatkan usaha memburu saki baki kumpulan terbabit.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, berkata tindakan dua lelaki ahli Geng 04 yang membaling bom petrol ke arah pintu utama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda adalah satu tindakan yang sangat serius.

Baca artikel sebelum: Dua ahli kongsi gelap naik motor baling bom petrol ke IPD Kuala Muda dan mesej amaran atas kain rentang

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan ugutan sedemikian dan polis tidak bersikap ‘racist’ (perkauman) seperti dituduh geng terbabit melalui kain rentang yang dicampak bersama bom petrol.

“Penguatkuasaan undang-undang merangkumi semua kaum dan tiada siapapun terselamat jika melakukan jenayah,” katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di IPD Kuala Muda di sini, sebentar tadi.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid dan Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa.

BH Online melaporkan dua lelaki yang menunggang motosikal dipercayai ahli kongsi gelap Geng 04 membaling bom petrol ke arah pagar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini, pagi semalam.

Kejadian jam 3.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati atas penahanan beberapa ahli utama kumpulan berkenaan dalam Ops Cantas Khas, baru-baru ini.

Perbuatan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda kerana berlaku di luar pagar berhampiran pos kawalan.

Selasa lalu, seramai 62 orang dipercayai ahli kongsi gelap Geng 04 termasuk beberapa pemimpin kanan ditahan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) menerusi Operasi Cantas Khas di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Semua suspek kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, merakamkan penghargaan kepada JSJ berikutan kejayaan menahan 62 individu terbabit menerusi akaun Twitter miliknya.

Sumber: BH Online

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis tidak gentar ugutan Geng 04

Sekianlah artikel Polis tidak gentar ugutan Geng 04 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis tidak gentar ugutan Geng 04 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/polis-tidak-gentar-ugutan-geng-04.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :