link : Portal Fesyen Terkemuka, Vogue, Puji Gaya Berfesyen Elfira Loy
Portal Fesyen Terkemuka, Vogue, Puji Gaya Berfesyen Elfira Loy
Elfira dapat pujian daripada penulis portal fesyen terkenal, Vogue.com (Gambar: Mohamad Bakar)
Bukan calang-calang yang memuji dan mengiktiraf fashion sense si genit bernama Elfira Loy ini. Portal fesyen terkenal antarabangsa Vogue yang memberikan pujian positif itu kepadanya.
Elfira sendiri tak menyangka Vogue menerusi penulis portal berkenaan iaitu Janelle Okwodu sudi menulis mengenai dirinya.
Cinta hati Sufian Suhaimi mengakui cukup terharu dan terkejut apabila membaca artikel yang disiarkan di Vogue.com itu.
Portal itu antara lain menyifatkan dirinya seperti bintang terkenal antarabangsa Selena Gomez kerana mereka berdua begitu bijak dalam berfesyen selain memulakan kerjaya seni ketika usia muda.
Vogue turut memuji beberapa persalinan cantik digayakan Elfira yang dimuat naik aktres itu di laman Instagramnya.
“Artikel itu ditulis tanpa diadakan sebarang temubual dengan saya. Ia hanya berdasarkan penyelidikan mereka terhadap saya selain rujukan di laman Instagram.
“Terkejut memang terkejut kerana tak percaya ada orang boleh melihat saya begitu jauh sekali terutama dalam soal berfesyen. Mereka juga membandingkan saya seperti Selena Gomez berdasarkan apa yang difahami dan dilihat. Apa apapun saya amat hargai penulisan berkenaan. Terima kasih sangat,” katanya.
Sisi lain, ahli perniagaan yang mempunyai 3.6 juta pengikut di laman Instagram itu turut mengakui cukup meminati selain mengikuti perkembangan Selena Gomez sejak kecil hingga sekarang.
“Saya melihat Selena daripada skala yang lebih besar. Dengan apa yang dilalui dirinya dari kecil hingga sekarang, dia saya akui memang pandai menjaga diri untuk terus kekal relevan dalam industri hiburan. Ia jadi contoh dan teladan baik untuk saya.
“Ada sesetengah artis antarabangsa yang bakat mereka mula dibina sejak kecil mula memberontak ketika menjadi dewasa. Lihat saja seperti Miley Cyrus. Sebaliknya dia (Selena) bijak dan tak cepat melatah dengan dugaan serta populariti yang dikecapi. Dia juga aktif dengan kerja amal. Contoh dan nilai positif yang ada padanya itu saya jadikan sebagai ruang untuk terus majukan diri,” katanya.
Tambah Elfira, selain dirinya, pihak portal berkenaan turut melakukan hal sama terhadap bintang remaja di negara lain.
“Saya dapat tahu, selepas saya, ada pula artikel sama membabitkan pelakon dari Filipina pula,” katanya.
Portal berkenaan turut menggemari gaya Elfira ketika mengikuti kembara untuk sebuah acara rasmi jenama produk kecantikan Caudalie di Seoul sebelum ini. Pada ketika itu Elfira memilih gaun berona biru langit dengan sulaman bungaan dipadankan bersama platform berona silver.
Vogue juga memuji stail aktres kecil molek itu ketika menghadiri Anugerah Stail EH! yang berlangsung pada bulan Mei lalu yang mana pada masa itu Elfira tampil dengan black ruffled dress bertatahkan kilauan kristal rekaan Rizman Ruzaini.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Portal Fesyen Terkemuka, Vogue, Puji Gaya Berfesyen Elfira Loy
Anda sekarang membaca artikel Portal Fesyen Terkemuka, Vogue, Puji Gaya Berfesyen Elfira Loy dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/portal-fesyen-terkemuka-vogue-puji-gaya.html