PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas

PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas
link : PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas

Baca juga


PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu serbuan Op Gelora Khas yang dijalankan di kawasan hutan pesisir Pantai Kelapa Mawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi, di sini malam tadi.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata operasi yang bermula pada 9.30 malam itu telah menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang berusia antara 22 dan 49 tahun.

“Serbuan dilakukan oleh anggota bot ronda RH 32 dan PSC 48 dibantu Anggota Op Landai PPM Pengerang di kawasan hutan pesisir Pantai Ladang Kelapa Mawar. Dua daripada tujuh lelaki yang ditahan dipercayai bertindak sebagai tekong darat berdasarkan intipan dan pergerakan mereka.

“Dua lelaki itu juga mengaku secara lisan menguruskan pergerakan PATI sehingga bot pancung merapat ke pantai. Kesemua mereka mengaku dalam perjalanan mahu pulang ke Indonesia dengan menggunakan bot pancung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal menunjukan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan dan keluar masuk melalui pintu yang tidak diwartakan.

Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan penyeludupan migran. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas

Sekianlah artikel PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ppm-tahan-tujuh-dalam-op-gelora-khas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :