Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang

Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang
link : Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang

Baca juga


Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara rasmi mula mengambil alih operasi perkhidmatan feri ulang-alik ikonik di Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, pihaknya akan berbincang dengan pengurusan tertinggi Prasarana mengenai kontrak pengambilalihan dalam tempoh terdekat.

Ini termasuk membincangkan secara terperinci tempoh syarikat berkenaan dapat mengendalikan perkhidmatan pengangkutan air antara Butterworth di tanah besar Seberang Perai dan George Town di bahagian pulau tersebut.

“Kita benar Prasarana ambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini namun kementerian akan sentiasa memerhati rapat prestasi syarikat dalam menyediakan kemudahan untuk masyarakat negeri itu,” katanya.

Tiong Lai menegaskan demikian ketika ditemui para pemberita selepas beliau hadir merasmikan Pusat Penyelidikan Mimpi di Mahligai Merah di Perpustakaan Universiti Malaya, di ibu negara pada Sabtu.

Pada 17 Jun lalu, sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris melaporkan Prasarana akan mengambil alih langsung perkhidmatan feri Pulau Pinang daripada pengendalinya sekarang iaitu Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

Operasi tersebut akan dijenamakan semula sebagai ‘RapidFerry” dengan jumlah bayaran RM1. Prasarana merupakan pembekal pengangkutan awam terbesar di Malaysia dan turut mengendalikan bas Rapid Penang.

Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah berura-ura memgambil alih operasi feri tersebut pada 2015 dan menyatakan hasrat menerusi surat rasmi kepada Tiong Lai tetapi enggan menanggung segala hutang lama diwarisi PPSB.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melaporkan mahu menaikkan tambang feri berikutan kerugian besar yang dialami PPSB dalam mengendalikan perkhidmatan dengan secara purata sebanyak RM20 juta setiap tahun.

Ikon pelancongan negeri berkenaan yang telah beroperasi bermula pada 1894 itu ketika ini mengalami kemerosotan apabila ramai pemandu beralih kepada Jambatan Pulau Pinang sejak 1985. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang

Sekianlah artikel Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Prasarana Mula Ambil Alih Operasi Feri Pulau Pinang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/prasarana-mula-ambil-alih-operasi-feri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :