link : Prem Anand mengaku tak salah
Prem Anand mengaku tak salah
BEKAS Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini, kerana mencabul seorang wanita pada 6 Julai lalu.
Bagaimanapun, L Prem Anand, 50, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Catherine Nicholas.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan wanita 21 tahun di tempat letak kereta pusat hiburan di Lebuh Pantai, pada 11.30 malam, 6 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau dua daripada mana-mana hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Catherine membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili tiga peguam iaitu Audrey Wee, S Rethina Kumar, dan E Gnasegaran.
Kes dikendalikan Timabalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shahruddin.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Prem Anand mengaku tak salah
Anda sekarang membaca artikel Prem Anand mengaku tak salah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/prem-anand-mengaku-tak-salah.html