Program PeladangNita Perkasa Ekonomi Wanita

Program PeladangNita Perkasa Ekonomi Wanita - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Program PeladangNita Perkasa Ekonomi Wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Program PeladangNita Perkasa Ekonomi Wanita
link : Program PeladangNita Perkasa Ekonomi Wanita

Baca juga


Program PeladangNita Perkasa Ekonomi Wanita

MUAR – Program PeladangNita perlu diperkasakan bagi menambah pendapatan isi rumah serta membantu kaum wanita maju dalam bidang keusahawanan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata satu ketika dahulu, bidang keusahawanan dimonopoli oleh lelaki, tetapi dengan adanya PeladangNita dan bimbingan yang diberikan, golongan wanita kini mampu bergerak sendiri.

“Jika diberi kepercayaan dan peluang dalam bidang keusahawanan, kaum wanita mampu lakukan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Tani negeri Johor dan Pelancaran Program PeladangNita peringkat Kebangsaan di Kampung Tengah, dekat sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata sebagai sebuah negara yang maju, wanita tidak boleh lagi dilihat sebagai golongan yang bergantung dari segi ekonomi kepada lelaki, sebaliknya perlu dibangunkan agar mempunyai kebebasan kewangan sendiri untuk membuat keputusan.

“Ciri sebuah negara yang maju adalah apabila kaum wanita mempunyai kekuatan ekonomi sendiri dan berada di tahap yang lebih tinggi…bidang agromakanan juga adalah kepakaran golongan wanita,” katanya.

Beliau turut meminta agar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia menyebarkan cerita kejayaan usahawan wanita dalam bidang agromakanan bagi memberi lebih inspirasi kepada ramai wanita.

Beliau berkata jumlah anggota PeladangNita pada masa kini adalah seramai 187,649 orang di seluruh negara. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Program PeladangNita Perkasa Ekonomi Wanita

Sekianlah artikel Program PeladangNita Perkasa Ekonomi Wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Program PeladangNita Perkasa Ekonomi Wanita dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/program-peladangnita-perkasa-ekonomi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :