Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi Pasaran Global

Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi Pasaran Global - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi Pasaran Global, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi Pasaran Global
link : Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi Pasaran Global

Baca juga


Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi Pasaran Global

KUALA LUMPUR – Kerjasama strategik antara Proton Holdings Bhd (Proton) dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) memberi peluang kepada vendor komponen kereta tempatan untuk menembusi pasaran global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata melalui kerjasama itu, syarikat komponen kereta turut berpeluang untuk membekal kepada rangkaian kenderaan yang dimiliki Geely jika memenuhi syarat dan kualiti yang ditetapkan.

“Kerajaan akan memastikan kita mempunyai program membina keupayaan, dan ini janji Geely kepada Proton. Bukan sahaja mereka (vendor) dapat membekalkan komponen untuk Proton tetapi juga Volvo tetapi komponen yang dikeluarkan perlu berkualiti dan setanding dengan negara asing.

“Proton kini mempunyai 240 vendor tempatan yang membekalkan komponen untuk pembinaan kereta mereka. Vendor adalah komponen terpenting dan vendor hendaklah memastikan komponen yang dikeluarkan mematuhi kualiti,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai jaminan kerajaan untuk memastikan vendor komponen kereta tempatan dilindungi menerusi kerjasama itu.

Mustapa berkata jika vendor menepati kualiti dan harga yang setanding dengan negara asing, mereka bukan sahaja berpeluang menjadi pembekal untuk Geely malah dapat menarik minat syarikat pengeluar kereta dunia yang lain.

Katanya berdasarkan kepada pelan perniagaan 10 tahun yang dimuktamadkan Proton dan Geely, kerajaan yakin Proton akan lebih kompetitif dan prestasinya akan dapat ditingkatkan secara keseluruhan berdasarkan pengalaman yang dimiliki Geely.

“Geely adalah antara pengeluar kereta terkemuka di China dan syarikat itu mempunyai rekod jualan sebanyak 1.2 juta unit setahun dan mengeksport kereta ke 23 buah negara tahun lalu. Geely juga mempunyai rekod cemerlang dalam memulihkan Volvo.

“Kerajaan yakin masa depan Proton akan lebih cerah,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi Pasaran Global

Sekianlah artikel Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi Pasaran Global kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Proton-Geely Peluang Vendor Tembusi Pasaran Global dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/proton-geely-peluang-vendor-tembusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :