Pusat Konservasi Beruang Madu Catat Peningkatan Pelawat

Pusat Konservasi Beruang Madu Catat Peningkatan Pelawat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pusat Konservasi Beruang Madu Catat Peningkatan Pelawat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pusat Konservasi Beruang Madu Catat Peningkatan Pelawat
link : Pusat Konservasi Beruang Madu Catat Peningkatan Pelawat

Baca juga


Pusat Konservasi Beruang Madu Catat Peningkatan Pelawat

SANDAKAN – Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo (BSBCC) di Sepilok dekat sini menerima peningkatan jumlah pelawat setiap tahun sejak dibuka kepada orang ramai pada 2014.

Tahun lepas, ia menerima 61,538 pelawat berbanding 51,858  pada 2015 dan 48,506 pada 2014.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC Wong Siew Te berkata 25,027 pelawat pada tahun lepas merupakan warga Malaysia manakala pelawat luar negara paling ramai ialah dari United Kingdom dengan jumlah 13,991 orang, diikuti Australia (5,957) dan Amerika Syarikat (2,418).

Beliau berkata pusat itu mula beroperasi pada 2008 namun hanya dibuka kepada orang ramai selepas penyediaan kemudahan kepada pelawat siap membabitkan laluan pejalan kaki, pelantar untuk memerhati dan bangunan pusat pelawat yang turut menempatkan pejabat dan pusat maklumat Beruang Madu. 

”Pada Mac tahun lepas, laluan dan pelantar pemerhati yang kedua telah disiapkan serta dibuka kepada orang ramai,” katanya kepada Bernama.

BSBCC yang beroperasi di kawasan seluas 2.5 hektar menempatkan 44 beruang madu yang diselamatkan.

Pusat itu dilengkapi kemudahan seperti kandang hutan besar untuk menyediakan persekitaran semula jadi, sesuai dengan keperluan dan kebajikan beruang madu serta memudahkan pemulihan hidupan liar itu kembali ke dalam hutan.

BSBCC mempunyai 26 staf, 26 sukarelawan dari dalam dan luar negara serta lima pelatih.

Wong berkata sepanjang tahun lepas, pusat itu turut menerima pelawat dari 31 rombongan sekolah membabitkan kira-kira 5,000 pelajar serta guru dari tujuh daerah iaitu Kinabatangan, Lahad Datu, Telupid, Beluran, Kota Belud, Kota Marudu dan daerah ini. – BERNAMA


 

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pusat Konservasi Beruang Madu Catat Peningkatan Pelawat

Sekianlah artikel Pusat Konservasi Beruang Madu Catat Peningkatan Pelawat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pusat Konservasi Beruang Madu Catat Peningkatan Pelawat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pusat-konservasi-beruang-madu-catat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :