Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar

Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar
link : Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar

Baca juga


Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar

PENGKALAN HULU: Sebanyak 18 buah penginapan pusat pengajian agama yang dikenali sebagai Pondok Pak Teh hangus dijilat api dalam sebuah kebakaran pada lewat malam Ahad.

Dalam kejadian sekitar 11 malam itu, Pondok Al-Latifiah atau Pondok Pak Teh yang dibina sejak tahun 1967 itu musnah terbakar akibat api yang begitu marak dalam insiden berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sekitar pukul 11.27 malam dan bergegas ke lokasi di Kg Kuak Luar.

"Maklumat awal mendapati terdapat 18 buah pondok penginapan pelajar jenis kelas C berkeluasan 15 x 10 musnah terbakar dalam kejadian itu.

"Selain itu, kebakaran tersebut turut menyebabkan kerosakan pada sebuah madrasah yang terkena bahang api,"katanya kepada pemberita.

Katanya, operasi pemadaman kebakaran mengambil masa lebih dari dua jam dan mendapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Baling.

Terdahulu, operasi pemadaman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Shahar Murshid Harun tersebut juga dipercayai dibantu oleh orang awam yang cuba memadamkan api dengan menggunakan baldi.

Pondok Pak Teh, merupakan sebuah pusat yang telah melahirkan ribuan ilmuan dalam bidang agama dan begitu unik apabila masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan dibina daripada papan.

Diasaskan oleh Datuk Abdul Latif Abdul Rahman, "kilang" itu juga telah menempatkan seramai 4,500 pelajar sejak 45 tahun pusat pengajian itu ditubuhkan.

Malah, pondok tersebut juga banyak meninggalkan nostalgia dalam usaha mengembangkan dakwah Islam di daerah ini sekali gus menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar

Sekianlah artikel Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/pusat-pengajian-agama-pondok-pak-teh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :