Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan

Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan
link : Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan

Baca juga


Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan

ANKARA – Qatar dijangka bakal berdepan dengan ‘sekatan tambahan’ berikutan keengganan negara itu memenuhi 13 tuntutan yang dikemukakan empat negara Arab sebelum ini, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Menerusi kenyataan media bersama, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain – menyuarakan rasa kesal mereka berhubung keengganan Doha memenuhi tuntutan yang dikemukakan, termasuk gesaan menutup saluran televisyen Al-Jazeera.

Empat negara Arab tersebut akan mengadakan mesyuarat tergempar di Manama, Bahrain, dalam masa terdekat bagi membincangkan krisis yang berlarutan susulan perkembangan terbaharu itu.

Menteri Luar Arab Saudi Adel bin Ahmed al-Jubeir, ketika memberi reaksi segera berhubung perkara itu berkata sekatan ekonomi dan politik yang dikenakan terhadap Qatar sejak sebulan lalu, tidak akan ditamatkan.

Beliau turut memberi amaran beberapa tindakan susulan akan dikenakan terhadap Qatar ‘pada masa yang bersesuaian’.

Sementara itu, Menteri Luar Bahrain, Sheikh Khalid bin Ahmed bin Mohammed Al Khalifa pula menegaskan tindakan penggantungan keanggotaan Qatar dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) akan hanya diputuskan oleh GCC tanpa sebarang campurtangan pihak luar,  serta membayangkan perkara itu mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Empat negara Arab tersebut dan Yemen bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu setelah mendakwa Doha ‘menyokong kumpulan pengganas dan campur tangan dalam hal ehwal dalaman mereka’.

Langkah itu kemudiannya diikuti Mauritania, manakala Jordan menarik balik wakil diplomatik mereka di Qatar.

Arab Saudi turut menutup pintu sempadannya dengan Qatar, sekaligus menjadikan negara kecil di rantau Teluk itu terasing.

Doha, bagaimanapun tetap berkeras menafikan dakwaan mereka menyokong keganasan dan menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap mereka sebagai ‘tidak wajar’.

Qatar diberikan senarai 13 tuntutan yang perlu dipenuhi sekiranya mahu sekatan ditarik balik.

Negara-negara berkenaan memberi tempoh selama 10 hari, yang berakhir semalam, kepada Doha untuk memenuhi tuntutan berkenaan.
Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammad bin Abdulrahman Al Thani dilaporkan berkata Qatar telah memberi respon terhadap tuntutan yang dikemukakan, selaras dengan ‘prinsip kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa’.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan

Sekianlah artikel Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/qatar-dijangka-berdepan-sekatan-tambahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :