Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing

Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing
link : Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing

Baca juga


Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing

SERIAN – Penduduk-penduduk Kampung Paon Sungai Rimu dan Kampung Paon Sungai Rimu Bakung di sini telah diarah mengurung anjing dan kucing mereka mulai hari ini ekoran penularan virus Rabies atau penyakit anjing gila.

Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) mengeluarkan arahan itu pada pertemuan dengan penduduk kampung berkenaan, yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuching, pagi tadi.

Selain itu, para penduduk juga diberitahu bahawa vaksin Rabies akan dibawa ke kampung berkenaan esok, kata seorang penduduk, Lainus Luak, 74, kepada Bernama hari ini.

“Mereka beritahu langkah kurung anjing dan kucing adalah antara proses mengesan haiwan yang dijangkiti penyakit itu. Mereka juga minta maklumkan jika ada haiwan yang sakit atau mati untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Pesara kerajaan, Cosmas Luak, 61, pula berkata beliau reda jika empat anjing peliharaannya terpaksa dihapuskan bagi mengelak virus Rabies.

Cosmas berkata anjing peliharaannya itu pernah diserang oleh anjing luar selepas sambutan Hari Gawai.

“Esok, mereka (Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar) akan datang lagi. Penduduk kampung perlu daftar kucing dan anjing masing-masing untuk diperiksa,” katanya.

Selain itu, katanya penduduk yang pernah digigit anjing atau kucing juga akan diperiksa esok.

Menurutnya kali terakhir beliau dan penduduk kampung menghapuskan anjing yang disyaki membawa virus Rabies adalah pada minggu lepas. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing

Sekianlah artikel Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rabies-penduduk-diarah-kurung-anjing.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :