Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis

Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis
link : Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis

Baca juga


Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini menyeru rakyat di negara ini agar menyertai Kumpulan Sokongan Hepatitis dalam usaha melahirkan kesedaran terhadap penyakit itu yang dilihat sebagai antara ancaman kesihatan utama bagi rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada masa ini tahap kesedaran mengenai penyakit hepatitis dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan ramai yang tidak sedar mereka mungkin telah dijangkiti.

"Sekarang hanya ada 78 anggota (dalam kumpulan ini) dan saya berharap angka ini akan meningkat," katanya pada 'Walk-A-Run Hepatitis 2017' yang dianjurkan bersempena Hari Hepatitis Sedunia, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mendedahkan kira-kira 500,000 rakyat Malaysia menghidap Hepatitis C dan kebanyakan mereka tidak menyedarinya.

Dr Subramaniam turut dilaporkan berkata kadar jangkitan Hepatitis C meningkat daripada 3.71 peratus pada 2009 kepada 8.57 peratus tahun lalu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham percaya negara ini dapat menghapuskan sepenuhnya penyakit hepatitis menjelang 2030, seiring dengan Strategi Sektor Kesihatan Global mengenai Hepatitis Viral Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

"(Kos) pencegahan penyakit ini juga lebih murah berbanding merawatnya, dan vaksin untuk hepatitis B boleh membantu mencegah hepatitis C," katanya.

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan untuk mencari kaedah merendahkan kos rawatan hepatitis C menjelang akhir tahun ini.

Pada masa ini kos rawatan hepatitis C ialah US$80,000 (RM342,632) dan kerajaan berharap dapat menurunkannya sebanyak US$300 (RM1,284.87).

Hari Hepatitis Sedunia disambut pada 28 Julai setiap tahun bertujuan mewujudkan kesedaran dan kefahaman tentang penyakit itu serta menggalakkan semua pihak berkaitan untuk mengambil tindakan.

Kira-kira 1,000 orang menyertai program 'Walk-A-Ri=un Hepatitis 207' yang dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Hepatitis dan Hospital Selayang itu.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis

Sekianlah artikel Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rakyat-malaysia-digesa-sertai-kumpulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :