link : Rakyat Selangor Lebih Boros Guna Air Dari Thailand, Singapura
Rakyat Selangor Lebih Boros Guna Air Dari Thailand, Singapura
Sebanyak 70 peratus bekalan air terawat di Selangor digunakan rakyat negeri itu untuk mencuci kereta, membasuh pakaian, menyiram tanaman hiasan dan mengisi kolam renang. (Gambar hiasan: carmelcarwash.com)
Malah, pengunaan air di Selangor itu sebenarnya menunjukkan lebih tinggi berbanding Singapura yang hanya menggunakan 150 liter sehari perkapita dan Thailand sebanyak 90 liter sehari perkapita.
Ironinya, hanya 30 peratus daripada bekalan terawat di Selangor digunakan untuk makan dan minum manakala 70 peratus lagi digunakan untuk tujuan yang kurang berfaedah.
BUDAYA GUNA AIR TERAWAT
Isu mengenai penggunaan air terawat di Selangor itu bukanlah rekaan tetapi ia adalah kenyataan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sempena Majlis Pelancaran Program Jimat Air di Pangsapuri Pelangi Court, Jalan Pekan Baru, Klang, Selangor baru-baru ini..
Menurutnya, 70 peratus bekalan air terawat di Selangor digunakan rakyat negeri itu untuk mencuci kereta, membasuh pakaian, menyiram tanaman hiasan dan mengisi kolam renang.
"Penerapan budaya penggunaan air terawat secara bertanggungjawab dan tidak membazir dengan penggunaan air terawat bagi tujuan berkebun, lanskap dan mencuci kereta amat penting kerana krisis air global adalah realiti.
"Hari ini air adalah minyak baharu. Kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam tempoh 14 tahun, dunia akan mengalami kekurangan air sebanyak 40 peratus disebabkan oleh pertumbuhan penduduk yang pesat dan perubahan iklim," katanya.
RIZAB AIR SELANGOR SEMAKIN MENURUN
Mohamed Azmin dalam pada itu menyatakan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Selangor 2035 mengunjurkan bahawa jumlah penduduk Selangor akan meningkat kepada 9 juta orang.
Bagaimanapun, pada penghujung 2016 sahaja, margin rizab air di Selangor cuma di tahap purata 4.34 peratus sebelum menurun kepada 3.54 peratus sepanjang tahun ini.
Justeru, bekalan air terawat secara mampan penting untuk menampung permintaan yang semakin meningkat akibat pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pengguna.
LANGKAH MENANGANI
Sehubungan itu, Azmin menyatakan Kerajaan Selangor bersedia untuk melaksanakan pembinaan dua buah loji rawatan air di Semenyih 2 dan Labohan Dagang dengan kos RM800 juta yang dijangka siap pada tahun 2018.
Melalui pembinaan dua buah loji itu, rizab bekalan air Selangor dijangka meningkat kepada tujuh peratus. Rancangan untuk membina loji terbabit pernah menimbulkan polemik sebelum ini disebabkan oleh pertikaian politik.
Beliau turut menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) meneliti Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) untuk menggalakkan penggunaan semula air hujan untuk bukan tujuan minuman seperti kegunaan tandas, mencuci lantai, menyiram pokok bunga dan kerja-kerja pembersihan am.
CONTOHI SINGAPURA
Selain itu, Mohamed Azmin berpandangan Selangor wajar mencontohi Agensi Air Kebangsaan Singapura (PUB) yang menguruskan sistem bekalan air Singapura, tadahan air dan air secara bersepadu.
Tambahnya, PUB berperanan memastikan bekalan air yang pelbagai dan mampan untuk Singapura serta melaksanakan program advokasi kepada masyarakat untuk memulihara air, menjaga tadahan air dan menikmati sumber
Ia termasuk melaksanakan program Skim Pelabelan Penjimatan Air Mandatori (MWELS) yang menilai daya penjimatan air sesuatu produk.
"Dalam aspek penggunaan peralatan berinovasi untuk penjimatan air, kerajaan Singapura mulai awal tahun ini hanya membenarkan mesin basuh yang mempunyai standard MWELS dijual di pasaran," katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Rakyat Selangor Lebih Boros Guna Air Dari Thailand, Singapura
Anda sekarang membaca artikel Rakyat Selangor Lebih Boros Guna Air Dari Thailand, Singapura dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rakyat-selangor-lebih-boros-guna-air.html