Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20

Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20
link : Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20

Baca juga


Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20

HAMBURG: Anak perempuan Presiden Amerika Syarikat, Ivanka Trump mengambil alih tempat bapanya di meja pemimpin dunia pada sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada Sabtu, menimbulkan persoalan tentang campur tangan keluarga dalam kerajaan di White House.

Tindakan itu menimbulkan kritikan tajam yang mengatakan bahawa langkah itu menunjukkan Donald Trump melanggar norma demokratik terhadap percaturan keluarga begitu juga protokol diplomatik.

Bekas duta besar NATO Nicholas Burns, yang pernah bertugas sebagai diplomat di bawah Presiden Bill Clinton dan George W. Bush, mengatakan kejadian itu juga melanggar protokol persidangan itu.

Perkara itu juga seolah-olah secara jelas membawa mesej kepada para pemimpin dunia tentang siapa yang memegang kuasa dalam kerajaan.

Burns berkata dalam pengalamannya pada persidangan lalu, hanya Setiausaha Negara sahaja yang akan mengambil tempat Presiden di meja persidangan.

"Ini adalah persidangan 20 pemimpin dari 20 negara paling berkuasa di dunia.

"Kuasa tidak boleh diberikan kepada ahli keluarga kerana kedudukan seorang Presiden,” jelasnya.

Trump dan pemimpin dunia yang lain di G20 duduk untuk sesi perbincangan di bawah tajuk ‘Perkongsian dengan Afrika, Migrasi dan Kesihatan’ dan kemudiannya diganti oleh Ivanka kerana bapanya perlu meninggalkan persidangan itu untuk satu mesyuarat tambahan.

Tindakan itu telah meletakkan Ivanka duduk di antara Perdana Menteri Britain Theresa May dan Presiden China Xi Jinping.

Beberapa pengkritik menyifatkan kehadiran Ivanka adalah satu pilihan yang tidak layak untuk mengisi peranan yang biasanya diisi oleh pegawai yang pakar tentang dasar.

Ini bukan sidang kemuncak yang pertama diganti Ivanka, pada Khamis, Ivanka dan suaminya, Jared Kushner telah menyertai presiden pada mesyuarat dua hala dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20

Sekianlah artikel Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramai pertikai Ivanka Trump jadi wakil bapa di sidang G20 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ramai-pertikai-ivanka-trump-jadi-wakil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :