link : Ramai Tak Dapat Beli Rumah Sebenarnya Bukan Sebab Gaji
Ramai Tak Dapat Beli Rumah Sebenarnya Bukan Sebab Gaji
Bank Negara Malaysia mencadangkan pemaju perumahan bersama-sama pihak berkuasa dan pihak berkepentingan perlu meningkatkan usaha untuk mengurangkan kos dan menambah bekalan rumah dengan segera. (Gambar: simedarby.com)
Bagaimanapun, BNM berpandangan komen yang dibuat sesetengah pihak itu telah menimbulkan kekeliruan dan tidak berdasarkan fakta dan maklumat sebenar. Jika isu perumahan mampu milik hendak diselesaikan, semua pihak perlu jelas mengenai punca utama isu dan berusaha bersungguh-sungguh membantu mereka yang terbabit.
KERJASAMA SEMUA PIHAK
BNM dalam satu kenyataan media baru-baru ini menyatakan penyelesaian terhadap isu rumah mampu milik perlu meliputi usaha menangani kekurangan bekalan rumah mampu milik dan harga rumah yang tinggi berbanding pendapatan.
Berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), kurang 30 peratus daripada rumah baharu yang dilancarkan pada tahun 2015 sehingga 2016 merupakan rumah berharga kurang RM250,000 berbanding 70 peratus semasa tempoh tahun 2008 sehingga 2009.
"Oleh itu, pemaju perumahan bersama-sama pihak berkuasa dan pihak berkepentingan yang berkenaan perlu meningkatkan usaha untuk mengurangkan kos dan menambah bekalan rumah dengan segera," katanya.
BANK BANTU SOLUSI PEMBIAYAAN
BNM dalam pada itu menjelaskan pembeli rumah yang layak akan terus mendapat akses kepada pembiayaan berdasarkan kriteria pinjaman perumahan yang ditetapkan BNM ketika ini.
Malah, kemampuan untuk memiliki rumah sebenarnya tidak banyak berubah seperti ditunjukkan oleh purata harga rumah Kebangsaan yang kekal pada 4.4 kali pendapatan median (julat bagi tahap mampu milik ialah 3.0 dan kurang) dengan beberapa negeri utama dan pusat bandar mencatat penurunan dalam tahap mampu milik.
Tambahnya, dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2017, sebanyak RM40 bilion pinjaman perumahan telah diluluskan kepada lebih daripada 152,000 peminjam.
Tiga perempat daripada peminjam tersebut ialah pembeli rumah kali pertama dan kadar kelulusan pinjaman perumahan juga stabil pada 74 peratus.
"Bank juga telah memperkenalkan solusi pembiayaan yang lebih fleksibel untuk meningkatkan kemampuan membayar hutang seperti yang ditawarkan untuk perumahan PRIMA.
"Pinjaman perumahan terkumpul terus mengatasi pertumbuhan pinjaman keseluruhan, dengan kadar tahunan meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada RM493 bilion pada akhir Mei 2017," katanya.
FUNGSI KRITERIA BNM
Garis panduan pembiayaan yang bertanggungjawab diperkenalkan oleh BNM sebenarnya bertujuan melindungi kepentingan peminjam dengan memastikan peminjam berupaya melunaskan obligasi kewangan mereka.
Institusi kewangan akan menawarkan pembiayaan kepada semua peminjam yang layak dan hanya menolak permohonan pinjaman yang jelas tidak mampu untuk menanggung lebih banyak hutang dan mempunyai sejarah pembayaran kredit yang buruk.
"Kebanyakan pinjaman perumahan yang tidak diluluskan oleh institusi perbankan melibatkan peminjam yang mempunyai paras obligasi hutang sedia ada yang tinggi yang seterusnya akan mendedahkan mereka kepada risiko kewangan yang teruk jika dibebankan lagi dengan hutang," katanya.
Bagi peminjam seperti itu, risiko perampasan rumah adalah sangat tinggi dan mereka berkemungkinan besar menghadapi masalah kewangan sekiranya berlaku kejutan terhadap pendapatan atau perlu menanggung perbelanjaan perubatan yang tinggi.
Justeru, BNM menyatakan penyelesaian terhadap isu rumah mampu milik perlu meliputi usaha menangani kekurangan bekalan rumah mampu milik dan harga rumah yang tinggi berbanding dengan pendapatan.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ramai Tak Dapat Beli Rumah Sebenarnya Bukan Sebab Gaji
Anda sekarang membaca artikel Ramai Tak Dapat Beli Rumah Sebenarnya Bukan Sebab Gaji dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ramai-tak-dapat-beli-rumah-sebenarnya.html