Ramasamy Perlu Mohon Maaf – NGO

Ramasamy Perlu Mohon Maaf – NGO - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramasamy Perlu Mohon Maaf – NGO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramasamy Perlu Mohon Maaf – NGO
link : Ramasamy Perlu Mohon Maaf – NGO

Baca juga


Ramasamy Perlu Mohon Maaf – NGO

BUTTERWORTH – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi berhubung isu penamatan kontrak pengendali gerai makanan G. Gopi Krishnan di Politeknik Seberang Perai (PSP).

NGO berkenaan ialah Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) Pulau Pinang dan  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang.

Yang Dipertua PSSGM Pulau Pinang Mohd Mamsin Anor Kassim mendakwa Ramasamy cuba mengapi-apikan isu berkenaan kerana mencetuskan sentimen perkauman.

“Kenyataan Ramasamy yang dibuat pada sidang media 29 Jun lepas amat tidak bertanggungjawab. Kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang mempunyai intelektual yang tinggi. Sepatutnya beliau berterima kasih kepada politeknik kerana membantu masyarakat India,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Isu kontrak Gopi Krishnan yang kononnya ditamatkan oleh politeknik itu kerana beliau bukan Islam menjadi tular di media sosial baru-baru ini. 

Gopi Krishnan, 45, mengadakan sidang media bersama Ramasamy pada 29 Jun lepas, bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas kontrak beliau tidak diperbaharui oleh PSP.

Jabatan Pendidikan Politeknik dalam kenyataan semalam, menyatakan permohonan peniaga itu ditolak selepas ia didapati tidak memenuhi syarat dan kriteria yang termaktub dalam spesifikasi sebut harga iaitu tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam. 

Mohd Mamsin berkata selain Ramasamy, Gopi Krishnan juga harus memohon maaf kepada pihak yang berkenaan.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa negeri Mohd Nasir Othman berkata ini bukan kali pertama Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan sentimen perkauman.

“Sebelum ini Ramasamy turut mencetuskan kontroversi berhubung isu 13 Mei 1963. Jadi ini bukan yang pertama. Ramasamy mengeluarkan kenyataan ini tanpa mengambil kira sensitiviti orang Islam dan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata Ramasamy perlu melihat isu itu secara objektif dengan merujuk dan berjumpa pihak pengurusan PSP untuk menyelesaikan perkara tersebut dan bukan mempolitikkannya.

Justeru, Mohd Nasir berkata Perkasa Pulau Pinang akan membuat laporan mengenai kenyataan Ramasamy terhadap PSP di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada petang ini. – BERNAMA  

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ramasamy Perlu Mohon Maaf – NGO

Sekianlah artikel Ramasamy Perlu Mohon Maaf – NGO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramasamy Perlu Mohon Maaf – NGO dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ramasamy-perlu-mohon-maaf-ngo.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :