Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan

Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan
link : Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan

Baca juga


Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan

gmbr.jpg

Dipetik dari laporan blog lobakmerah, sungguh sedih apabila membacanya. Kerana tidak mempunyai duit untuk membayar kos rawatan,akhirnya membawa kepada kematian.

Semalam, seorang remaja berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia sebelum orang ramai sempat menghulurkan bantuan untuk dana menampung kos pembedahan pemindahan hatinya.

Paling menyedihkan apabila adik beradiknya adalah penderma organ itu namun kos pembedahan yang mahal merupakan salah satu halangan yang tidak dapat mereka atasi mengikut masa yang sepatutnya.

Menurut World of Buzz, si mati, Lim Chi Ling merupakan pelajar universiti dan dalam tahun terakhir. Lim berusaha keras dengan bekerja separuh masa ketika di sekolah menengah untuk mendapatkan wang bagi menyambung pelajaran.

1.jpg

Selepas bertahun-tahun bekerja keras, dia berjaya memasuki sebuah universiti di Melbourne menggunakan wang hasil titik peluhnya dengan bantuan dari simpanan ayahnya. Lim turut bekerja separuh masa ketika di Melbourne untuk mengurangkan beban keluarganya.

Pada Jun 2017, Lim kembali ke tanah air semasa cuti musim panas untuk bekerja separuh masa. Simptom penyakitnya mula datang ketika dia sakit perut semasa perjumpaan bersama ahli keluarga. Pada mulanya mereka menganggap ia adalah sakit biasa namun keadaan Lim menjadi kritikal dan dihantar ke dua hospital kerajaan.

Lim dan keluarganya kemudian dikejutkan dengan berita dari doktor bahawa dia disahkan menghidap kegagalan hati dan mata putihnya bertukar warna kekuningan kerana jaundis. Pada ketika itu dia mula tidak sedarkan diri dan tekanan darahnya menjadi semakin lemah.

2.jpg

Risau dengan keadaan anaknya, bapa Lim mengupah ambulans udara yang menelan kos RM85,700 untuk memindahkannya ke sebuah hospital di Singapura. Dia menggunakan semua duit simpanannya dan pinjam dengan rakan serta saudara mara untuk menampung kos tersebut.

Ketika di Singapura, pembedahan pemindahan hati menelan kos sebanyak $300,000 (RM940,655). Bukan itu sahaja, penderma organ juga perlu membayar $100,000 (RM313,133) sebagai deposit kepada hospital.

Keluarga itu di dalam kesempitan kerana tidak mampu membayar deposit, apatah lagi kos pembedahan pemindahan hati Lim.

3.jpg

Dua kakak Lim yang berusia 30 dan 28 tahun merayu kepada orang ramai untuk memberikan bantuan kewangan kepada mereka, Kakaknya berkata,

Saya boleh derma organ saya, tidak perlu ditanya lagi tentang itu, tetapi saya tidak cukup wang untuk membayar kos pembedahan. Saya boleh derma semua organ kepadanya tetapi saya tiada duit untuk itu.

Sudah tentu saya kerisauan kerana saya ada keluarga sendiri dan anak, tetapi dia adalah adik saya. Saya mesti menjadi penderma kerana saya tidak mahu adik perempuan saya menderita terpaksa lalui pembedahan itu.

Menurut mereka, doktor tidak akan menjalankan pembedahan kerana kekurangan wang dan adik lelaki saya yang terlantar di hospital itu sedang tenat.

4.jpg

Keluarga it wang sebanyak RM1.6juta untuk menyelamatkan Lim dan mereka memerlukan wang itu secepat mungkin. Sementara menunggu bantuan untuk masuk, Lim terlebih dahulu telah disahkan mati pagi semalam jam 11 pagi.

Semoga keluarganya tabah dan diberikan kekuatan di saat menyedihkan begini.

5.jpg

Sumber: sehinggit

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan

Sekianlah artikel Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar Kos Rawatan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/remaja-meninggal-dunia-sementara_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :