link : Remaja Perempuan Berusia 14 Tahun Maut Selepas Dirogol Oleh 12 Orang Bergilirgilir
Remaja Perempuan Berusia 14 Tahun Maut Selepas Dirogol Oleh 12 Orang Bergilirgilir
Bali – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut selepas dipercayai telah di rogol oleh 12 orang lelaki secara bergilir-gilir selama tiga hari berturut-turut.
Kejadian tersebut telah disahkan sendiri oleh AKP Decky Handra Wijaya berlaku pada hari Isnin lepas di Jalan Nenas, Desa Bungaya Kangin
Mangsa di katakan pada mulanya mengenali empat orang suspek sahaja sebelum di perkenalkan dengan rakan facebook rakan-rakannya itu.
Hanya selepas beberapa jam kemudian mangsa telah di hubungi oleh rakannya itu yang mengajaknya untuk berjumpa dengan rakan facebooknya itu yang kemudiannya mangsa telah di jemput oleh empat orang rakannya itu.
Mangsa kemudiannya telah mengikuti rakannya itu sambil di ekori oleh suspek yang lainnya di belakang dengan menaiki motorsikal dan ketika itu mangsa telah di bawa ke sebuah kedai runcit bagi membeli beberapa makanan ringan sebelum mangsa di bawa ke sebuah pondokoleh lima orang suspek.
Ketika berada di dalam pondok berkenaan mangsa telah di rogol secara paksa oleh lima orang suspek sebelum mangsa di bawa ke sebuah rumah, di situ mangsa telah di jual oleh rakannya sendiri dan di rogol secara paksa oleh suspek yang lainnya pada keesokkan harinya.
Selepas kejadian di rumah terbabit pula mangsa sekali lagi telah di rogol oleh 12 orang suspek termasuklah empat rakannya secara bergilir-gilir secara paksa sehinggalah mengakibatkan kepada kematian mangsa.
Kronologi kematian mangsa telah di lakonkan semula oleh kesemua 12 orang tertuduh yang melakonkan kembali kesemua adegan yang berlaku selama tiga hari kejadian yang menimpa mamgsa.
Lakonan terbabit telah menimbulkan rasa pilu terhadap keluarga mangsa serta rakan-rakannya yang terpaksa melihat kejadian memilukan yang berlaku kepada mangsa yang telah di rogol oleh 12 orang secara bergilir-gilir selama tiga hari di lima tempat yang berbeza.
AKP Decky Hendra memberitahu bahawa ke 12 suspek terbabit telah di tahan beserta dengan ke semua barang bukti yang lengkap serta mereka akan di dakwa di makhamah atas kesalahan terbabit.
Mengikut kepada lakonan semula ke semua suspek memperlihatkan adegan terakhir yang di lakukan oleh empat orang suspek yang merogol mangsa telah membuang mayat mangsa di dalam hutan dalam keadaan amat menyedihkan bagi menghilangkan jejak mereka.
Sumber: sehinggit
Demikianlah Artikel Remaja Perempuan Berusia 14 Tahun Maut Selepas Dirogol Oleh 12 Orang Bergilirgilir
Anda sekarang membaca artikel Remaja Perempuan Berusia 14 Tahun Maut Selepas Dirogol Oleh 12 Orang Bergilirgilir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/remaja-perempuan-berusia-14-tahun-maut.html