Rezeki ‘Kembar’ Seiras Neelofa, Hawa Jadi Pembaca Berita TV9

Rezeki ‘Kembar’ Seiras Neelofa, Hawa Jadi Pembaca Berita TV9 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rezeki ‘Kembar’ Seiras Neelofa, Hawa Jadi Pembaca Berita TV9, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rezeki ‘Kembar’ Seiras Neelofa, Hawa Jadi Pembaca Berita TV9
link : Rezeki ‘Kembar’ Seiras Neelofa, Hawa Jadi Pembaca Berita TV9

Baca juga


Rezeki ‘Kembar’ Seiras Neelofa, Hawa Jadi Pembaca Berita TV9

MINGGU lalu, si gadis manis bernama Hawa ini tular di kebanyakan portal tempatan kerana  raut wajahnya yang persis seperti Neelofa.

Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 22 bakal muncul sebagai pembaca berita TV9 bermula pada 1 September depan.

Kata Hawa, dia sudah pun mendapat tawaran daripada Media Prima selepas menamatkan latihan industri di bawah program Wanita Hari Ini selama empat bulan.

“Alhamdulillah, sebenarnya pihak Berita TV9 meminta saya hantar resume ketika saya masih lagi pratikal sebagai wartawan penyiaran di TV3.”

“Selepas tamat praktikal saya ditawarkan untuk menjalani latihan sebagai pembaca berita bermula awal Julai lalu,” ujarnya ketika ditemui bual oleh pihak mStar Online.

Hawa merupakan graduan dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Si manis ini ditemui ketika majlis sidang media untuk memperkenalkan dua pembaca berita baharu TV9 yang diadakan dekat Sri Pentas tadi.

Selain Hawa, Berita TV9 juga akan diserikan lagi dengan anak kepada Allahyarham Aziz Desa iaitu Mas Zharif Zhafri. Berita TV9 pastinya akan bertambah menarik dengan adanya gandingan dua anak muda ini.

Menurut Hawa juga, dia menolak andaian orang ramai jika dia dikatakan terpilih sebagai pembaca berita hanya kerana wajahnya yang seiras Neelofa. Tetapi pihak Media Prima memandang pada kriteria yang dimiliki oleh Hawa yang kelihatan sangat sesuai untuk memegang tanggungjawab sebagai pembaca berita.

“Saya jadi perhatian kerana seiras Neelofa baru-baru ini sahaja ketika itu saya sudah memulakan latihan baca berita,” ujarnya.

Ulas Hawa lagi mengenai berita yang tular pada minggu lalu, dia sangat terkejut kerana tidak sangka ianya akan menjadi bualan ramai netizen. Malah Hawa juga tidak berasa bangga ketika disamakan dengan wanita hebat itu.

“Saya terkejut bila ia menjadi tular minggu lalu. Saya tidak bangga disamakan dengan wanita hebat itu.”

“Saya sendiri sangat menggagumi dia sebagai seorang wanita yang tersenarai antara wanita berjaya di Asia,” ujarnya yang kini belum berkesempatan bertemu dengan pelakon dan pengacara popular itu.

Tambahan pula Eksekutif Editor Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali, mengatakan bahawa Hawa telah menunjukkan bakat dan kriteria sebagai seorang pembaca berita.

“Dia diambil menyertai Berita TV9 bukan kerana wajahnya seiras Neelofa tetapi kami nampak dia mempunyai potensi untuk berkembang menjadi seorang pembaca berita.”

“Dia ada suara dan latar belakang yang sesuai untuk berada dalam bidang kewartawanan penyiaran. Seorang pembaca berita tidak perlu cantik kerana wajah adalah pilihan kedua dan kita boleh solek mereka menjadi lebih menarik,” ujar Sabariah lagi

Nantikan kemunculan pertama Hawa dan gandingannya, Mas Zharif pada 1 September ini untuk Berita TV9 jam 8 malam. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rezeki ‘Kembar’ Seiras Neelofa, Hawa Jadi Pembaca Berita TV9

Sekianlah artikel Rezeki ‘Kembar’ Seiras Neelofa, Hawa Jadi Pembaca Berita TV9 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rezeki ‘Kembar’ Seiras Neelofa, Hawa Jadi Pembaca Berita TV9 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rezeki-kembar-seiras-neelofa-hawa-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :