Rezeki seiras Mr Bean

Rezeki seiras Mr Bean - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rezeki seiras Mr Bean, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rezeki seiras Mr Bean
link : Rezeki seiras Mr Bean

Baca juga


Rezeki seiras Mr Bean

PENIRU gaya Mr Bean, Faiket Luari tidak menyangka rakaman videonya ketika membuat persembahan di Sekolah Rendah Sri Mawar, Miri, Selasa lalu, menjadi tular dengan hampir sejuta tontonan setakat hari ini.

Lelaki kelahiran Albania itu berkata, dia berada di Miri dalam rangka promosi anjuran Biro Konvensyen Sarawak selama dua hari.

Menurutnya, selain Sekolah Rendah Sri Mawar, dia turut membuat persembahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung San Miri.

"Saya sama sekali tidak menyangka rakaman video itu menjadi tular malah menerima banyak pertanyaan dari orang ramai," katanya yang sudah menetap di Malaysia selama 24 tahun.

Menceritakan mengenai dirinya, Faiket berkata, dia seorang penghibur, jurulatih bengkel latihan dan perunding pemasaran yang menetap di Kuala Lumpur manakala isterinya, Olivia berasal dari Kuching, Sarawak.

Menurutnya, dia melakonkan karektor Mr Bean bermula 2012 selepas diberitahu orang ramai mengenai wajahnya iras watak itu.

Menurutnya, dia kemudiannya menggunakan karektor itu sebagai 'pakej' kepadanya ketika mengendalikan bengkel latihan, motivasi dan seminar di dalam dan luar negara.

“Ia adalah 'anugerah' kepada saya kerana tidak perlu membuat pembedahan plastik," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, namun begitu, dia mengambil masa beberapa tahun untuk menguasai setiap pergerakan dan mimik muka Mr Bean.

"Pada permulaannya memang nampak kaku. Saya banyak menonton video Mr Bean dan sering membuat latihan sebelum mengendalikan sesuatu bengkel ataupun persembahan," katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, isterinya juga banyak membantu dalam memberikan idea kreatif setiap kali dia mengendalikan bengkel latihan.

"Isteri saya adalah bekas peguam dan pengurus bank sebelum dia bersama-sama saya menguruskan syarikat kami iaitu Fivecat Production yang menawarkan perkhidmatan latihan dan rundingan pemasaran," katanya.

Rakaman berdurasi lapan minit 28 saat itu menunjukkan Falket menghiburkan murid sekolah dengan gayanya yang menyerupai Mr Bean dan mendapat banyak pujian netizen yang turut menggelarkan Mr Bean Malaysia.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rezeki seiras Mr Bean

Sekianlah artikel Rezeki seiras Mr Bean kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rezeki seiras Mr Bean dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rezeki-seiras-mr-bean.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :