Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi

Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi
link : Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi

Baca juga


Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi

HUTAN MELINTANG: Aktiviti riadah berbasikal seorang warga emas berakhir dengan tragedi apabila maut mengejut dalam insiden pada pagi Ahad.

Dalam kejadian sekitar 10 pagi itu, mangsa Osman Oda, 63, dipercayai mengalami sakit jantung ketika mengikuti program kayuhan Fit Malaysia di sini dan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata pihaknya menerima laporan sekitar 10.29 pagi berkenaan insiden warga emas yang berasal dari Hutan Melintang itu.

"Pihak polis menerima laporan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Hutan Melintang dan dijadikan maklumat awal.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan peserta kayuhan basikal 30km dalam Fit Malaysia dan mengalami sesak nafas serta dibantu dua pegawai perubatan sebelum dibawa ke klinik Hutan Melintang.

"Bantuan kecemasan diberikan namun mangsa gagal diselamatkan dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian adalah serangan jantung," katanya kepada pemberita.

Menurut Wan Hassan, pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dan unsur-unsur jenayah yang berlaku.

Jelas beliau, mangsa juga mempunyai sejarah sakit jantung dan menerima rawatan beberapa kali di Institut Jantung Negara (IJN) selama hampir setahun.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi

Sekianlah artikel Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/riadah-berbasikal-warga-emas-berakhir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :