Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan

Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan
link : Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan

Baca juga


Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan momentum positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan ketidaktentuan mata wang selamat, merangkumi dolar AS, telah mengalihkan minat pelabur kepada mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, ringgit bergerak sekitar paras tertinggi dalam sebulan berbanding dolar AS minggu ini susulan keputusan Bank Negara Malaysia tidak menaikkan kadar faedah.

Beliau berkata, dolar AS juga terjejas susulan kenyataan kongres Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen awal minggu ini yang dianggap tidak seperti dijangka.

"Kita yakin dengan Bank Negara (Malaysia) yang memutuskan untuk mengekalkan OPR (kadar dasar semalaman) pada 3.00 peratus. Berdasarkan pengumuman itu, BNM mengekalkan OPR bagi 15 bulan berturut-turut, memberikan sokongan kepada ekonomi dan sentimen pasaran luas.

"Selain itu, Bank Negara (Malaysia) melihat kepada peningkatan menaik ekonomi domestik, khususnya apabila pertumbuhan global didapati semakin seiring, dipacu oleh aktiviti perindustrian dan dagangan global lebih tinggi," katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.2860 dan 4.2960 berbanding dolar AS, dipengaruhi terutamanya oleh ucapan kongres Yellen pada Rabu, yang dilihat tidak memihak kepadakadar faedah tinggi seperti yang dijangka banyak pihak.

Prestasi mata wang tempatan turut disokong oleh data ekonomi Malaysia yang positif seperti dikeluarkan pada Jumaat lepas, yang menyaksikan perdagangan meningkat 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017, melonjak daripada RM116.6 bilion pada bulan yang sama setahun lepas.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.2910/2940 berbanding dolar AS daripada 4.2970/3000 minggu lepas.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali euro.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1210/1243 daripada 3.1088/1123 minggu lepas, lemah berbanding yen kepada 3.7886/7926 daripada 3.7799/7829, dan susut berbanding pound kepada 5.5624/5667 daripada 5.5466/5522.

Mata wang tempatan, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.8977/9016 daripada 4.9046/9085.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan

Sekianlah artikel Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/ringgit-dijangka-teruskan-momentum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :