RM36,900 jadi rebutan kaki pancing di Tasik Titiwangsa 6 Ogos

RM36,900 jadi rebutan kaki pancing di Tasik Titiwangsa 6 Ogos - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM36,900 jadi rebutan kaki pancing di Tasik Titiwangsa 6 Ogos, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM36,900 jadi rebutan kaki pancing di Tasik Titiwangsa 6 Ogos
link : RM36,900 jadi rebutan kaki pancing di Tasik Titiwangsa 6 Ogos

Baca juga


RM36,900 jadi rebutan kaki pancing di Tasik Titiwangsa 6 Ogos

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM36,900 menanti kaki pancing sempena pertandingan Siri Kedua GP KOPDBKL pada 6 Ogos di Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Pertandingan anjuran Koperasi Pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KOPDBKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan penyertaan kira-kira 1,000 kaki pancing.

Pengerusi KOPDBKL, Kamarulzaman Mat Salleh berkata juara bakal membawa pulang RM20,000, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000, dan RM3,000.

"Selain hadiah wang tunai, kami juga menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah cabutan bonanza selain 20 hamper untuk cabutan bertuah," katanya pada sidang akhbar mengenai pertandingan itu pada Khamis.

Sebagai simbolik pertandingan, penganjur melepaskan hampir satu tan ikan rohu dan pacu ke dalam tasik itu, yang disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Setiap pendaftaran dikenakan bayaran RM50 untuk satu joran dan peserta dibenarkan menggunakan maksimum dua joran.

Kaunter pendaftaran dan pengesahan dibuka di Pejabat KOPDBKL sehingga 4 Ogos manakala kaunter pendaftaran 24 jam akan dibuka di lokasi pertandingan bermula pukul 12 tengah hari pada 5 Ogos.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel RM36,900 jadi rebutan kaki pancing di Tasik Titiwangsa 6 Ogos

Sekianlah artikel RM36,900 jadi rebutan kaki pancing di Tasik Titiwangsa 6 Ogos kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM36,900 jadi rebutan kaki pancing di Tasik Titiwangsa 6 Ogos dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rm36900-jadi-rebutan-kaki-pancing-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :