link : RM5j pun jadilah...
RM5j pun jadilah...
Petaling Jaya: Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Subahan Kamal meminta kerajaan negeri menunjukkan sedikit rasa tanggungjawab dengan menyalurkan dana sekurang-kurangnya RM5 juta bagi memperkuatkan pasukan Red Giants.
Beliau berkata, barisan kepimpinan FAS berusaha keras sehingga mengeluarkan duit sendiri untuk memastikan Selangor terus bersaing hebat musim ini dengan menduduki tangga keempat Liga Super.
“Kita dimaklumkan kerajaan negeri ada rizab RM4 bilion. Tahun lalu pasukan Selangor menerima peruntukan RM25 juta, tapi musim ini kami langsung tidak dibantu walau sesen. Daripada peruntukan musim lalu itu, kami hanya meminta bantuan RM5 juta dan saya fikir itu hak pemain.
“Kami meminta bukan untuk diri sendiri, tapi pemain yang ada antaranya anak jati Selangor. Mereka berhak dibantu kerana ini pasukan Selangor, bawa nama negeri, kalau setuju peruntukan itu diberikan terus kepada pemain pun tak apa.
“Kami sudah menggunakan duit sendiri untuk menguruskan pasukan ini selama tujuh bulan dan daripada pasukan yang dikatakan akan tersingkir (Liga Perdana), kami berjaya berada di kedudukan baik. Jadi bantulah sikit, kerana pemain ini bermain demi Selangor,” katanya dalam sidang media semalam.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel RM5j pun jadilah...
Anda sekarang membaca artikel RM5j pun jadilah... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rm5j-pun-jadilah.html