link : Rotan lambat bayar yuran PIBG, KPM belum terima laporan
Rotan lambat bayar yuran PIBG, KPM belum terima laporan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan menyiasat insiden seorang pelajar disebat guru 12 kali kerana lewat membuat bayaran untuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan yuran PIBG bukan wajib.
“Saya belum mendapat laporan akhir berhubung siasatan tersebut, bagi saya isu tersebut tidak sepatutnya berlaku, guru tak patut merotan sebab yuran PIBG bukan sesuatu yang wajib.
“Kementerian sedang mengkaji kes tersebut dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya sambil memaklumkan kes pelajar dirotan sehingga berdarah di Melaka juga sedang disiasat polis.
Minggu lalu media melaporkan seorang pelajar sekolah rendah di Damansara disebat 12 kali disebabkan kelewatan menjelaskan yuran PIBG.
Sumber: FMT

Demikianlah Artikel Rotan lambat bayar yuran PIBG, KPM belum terima laporan
Sekianlah artikel Rotan lambat bayar yuran PIBG, KPM belum terima laporan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rotan lambat bayar yuran PIBG, KPM belum terima laporan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rotan-lambat-bayar-yuran-pibg-kpm-belum.html