Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil

Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil
link : Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil

Baca juga


Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil

SIK – Seorang wanita warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami bersama anak perempuannya musnah dalam kebakaran di Kampung Lubuk Bedil di sini malam tadi.

Wan Pah Awang Kechik, 66, berkata sewaktu kejadian beliau dan anaknya Siti Zaleha Yusof, 25, menghadiri majlis tahlil di rumah sepupunya yang terletak di seberang jalan.

“Kebakaran lebih kurang 8.50 malam disedari adik saya Tirah (49) yang tinggal tidak jauh dari rumah saya. Dia datang panggil saya untuk pulang, namun api sudah marak sewaktu saya sampai di rumah saya.

“Dokumen penting termasuklah kad pengenalan serta sedikit wang simpanan saya tidak sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata rumah pusaka itu dibina arwah suaminya lebih 40 tahun lalu dan beliau kini akan menumpang rumah kakaknya yang terletak berhampiran.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Belantik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata bantuan segera berupa wang tunai, bekalan makanan dan kelengkapan tidur telah disampaikan kepada mangsa.

“Malah sebuah rumah baharu dengan kos RM43,000 akan turut dibina untuk Wan Pah hasil usahasama pelbagai agensi termasuklah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sik, Pejabat Zakat Daerah Sik, Pejabat Daerah Sik dan Pejabat Penghulu Daerah Sik.

“Kerja-kerja meratakan tapak dijangka akan dilakukan sebelum Hari Raya Aidiladha ini diikuti kerja-kerja pembinaan sebuah rumah dilengkapi dengan tiga bilik dan satu bilik air,” katanya.

Beliau berkata Pegawai JKM Daerah Sik, Yahya Mat Khatib turut memaklumkan JKM telah meluluskan pemberian Bantuan Orang Tua RM300 sebulan kepada Wan Pah selain bantuan pemulihan bencana RM7,000 dan khidmat kaunseling. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil

Sekianlah artikel Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/rumah-terbakar-ketika-pergi-kenduri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :