link : “Saleem belum meninggal dunia” – Julia, isteri Saleem
“Saleem belum meninggal dunia” – Julia, isteri Saleem
Isteri penyanyi Saleem, Julia Bachok menafikan khabar angin yang bertiup kencang mengenai suaminya yang telah meninggal dunia pagi tadi.
Kata Julia, mereka sekeluarga berasa sangat kesal dan kecewa dengan dakwaan tersebut sedangkan keadaan Saleem, 56, sudah semakin stabil walaupun masih lemah kerana kurang makan.
“Seharusnya mereka bertanya dahulu kepada saya kerana saya ada di samping Saleem sepanjang 24 jam dan tidak menyebarkan cerita yang tidak benar serta menabur fitnah mengenai kematian seseorang begitu sahaja.
“Telefon saya ini boleh dihubungi bila-bila masa sahaja dan tanyalah saya sendiri atau anak-anak. Jangan buat andaian yang membuatkan ahli keluarga bersedih.
“Berdoalah yang terbaik untuk kesihatan Saleem. Itu yang kami sekeluarga perlukan ketika ini, bukan bercerita yang tidak benar,” kata Julia ketika dihubungi oleh UTUSAN ONLINE.
Malah katanya, sebarang perkembangan Saleem sering dikemaskinikan menerusi Instagram milik penyanyi itu di aku_saleem atau ju_saleem.
Tambah Julia, sekiranya khabar angin yang buruk mengenai Saleem terus berleluasa, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.
Saleem dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu selepas demam panas berterusan selama seminggu.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel “Saleem belum meninggal dunia” – Julia, isteri Saleem
Anda sekarang membaca artikel “Saleem belum meninggal dunia” – Julia, isteri Saleem dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/saleem-belum-meninggal-dunia-julia.html