link : Salleh Hadir Ramah Mesra Dengan Rakan Strategik Japen
Salleh Hadir Ramah Mesra Dengan Rakan Strategik Japen
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini meluangkan masa beramah mesra dengan kira-kira 1,500 warga Jabatan Penerangan, pesara dan bakal pesara pada Majlis Jalinan Kasih Rakan Strategik 2017 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di sini.
Beliau yang diiringi oleh Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan pegawai-pegawai kanan JaPen, bersalaman dengan orang ramai yang hadir di majlis itu, selain berswafoto dengan mereka.
Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Sementara itu, Ibrahim menyifatkan program tahunan yang diadakan sejak 2014 ini bertujuan mengukuhkan hubungan yang sedia ada bersama rakan strategik JaPen.
“Jaringan yang erat serta kepakaran komunikasi yang dimiliki rakan strategik iaitu pegawai penerangan yang bakal bersara dan yang sudah bersara, ketua-ketua pengarang media massa, blogger serta media sebagai ejen penggerak masyarakat yang berpengaruh sentiasa dimanfaatkan terutamanya dalam bidang pemasaran maklumat dan polisi kerajaan kepada kawasan komuniti masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
Dalam majlis itu itu, Ibrahim turut menyampaikan cenderamata kepada 350 pesara dan bakal pesara bagi menghargai sumbangan mereka di JaPen, selain para pengunjung dihiburkan dengan persembahan hiburan oleh artis-artis Pentarama. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Salleh Hadir Ramah Mesra Dengan Rakan Strategik Japen
Anda sekarang membaca artikel Salleh Hadir Ramah Mesra Dengan Rakan Strategik Japen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/salleh-hadir-ramah-mesra-dengan-rakan.html