Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen

Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen
link : Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen

Baca juga


Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen

PASANGAN suami isteri telah dikritik oleh netizen gara-gara tindakan mereka menggantung buaian bayi dalam sebuah gerabak Transit Aliran Massa (MRT).

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Nana Abd Rashid, tindakan pasangan tersebut dilihat mementingkan diri sendiri dan boleh menyebabkan bahaya kepada anak mereka.

"Alahai kak, awat tak bawak tilam dan toto sekali naik MRT. Tolong la kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

"Boleh pulak dia bawa buai bayi sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab ibubapa, kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT pula nanti," tulis Nana Abd Rashid.

MESTI BACA: Viral gantung buaian dalam MRT, ini adab naiki pengangkutan awam jika tak tahu

Rata-rata yang menyaksikan gambar tersebut mengakui terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh pasangan itu dan berharap agar mereka lebih sensitif ketika menggunakan perkhidmatan awam.

@Razif : "Alahaiii, korang ingat yang ini rumah korang ke sesuka hati je nak menggantung buaian bayi dalam MRT."

@SitiZaimun: " Ada juga mak orang perangai macam ini, nak dijadikan rumah terus kot."

@Aliza Razak: "Aduhai.. biar betul ni? Ada juga manusia macam ini. Saya pun tak tahu nak cakap apa, korang fikir la sendiri."

@Azah Haziq Akashah: "Tak faham la orang sekarang ini, nak service world class tapi mentality korang masih takda class."

@AzizahArif: " Cuba bayangkan jika train tersebut brake emergency dan anak itu tercampak dan pecah kepala. Siapa yang harus dipesalahkan."

@Liza Ummbulohi Dinie: "Taknak turun kot cik kak ni, dah beli tiket return Kajang - Sungai Buloh. Bersiar-siar satu family. Adeh entah la tak tahu nak cakap apa kerana perasaan menjadi serba salah kalau nak tegur."

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen

Sekianlah artikel Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sangkut buaian bayi dalam MRT, pasangan ini dikritik netizen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sangkut-buaian-bayi-dalam-mrt-pasangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :