Sarawak Selamat Daripada ‘Zon Merah’ Liga Super

Sarawak Selamat Daripada ‘Zon Merah’ Liga Super - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak Selamat Daripada ‘Zon Merah’ Liga Super, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak Selamat Daripada ‘Zon Merah’ Liga Super
link : Sarawak Selamat Daripada ‘Zon Merah’ Liga Super

Baca juga


Sarawak Selamat Daripada ‘Zon Merah’ Liga Super

KOTA BHARU – Kemenangan ke atas Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, amat penting kepada pasukan Sarawak bagi mengelak pasukan itu terus berada pada kedudukan ‘zon merah’ liga.

Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop berkata kejayaan meraih tiga mata penting itu merupakan bonus kepada pasukannya untuk terus kekal dalam kempen Liga Super musim depan.

“Sebelum ini, kami di kedudukan ke-10 liga dan kedudukan ini tidak selamat, namun dengan tiga mata tersebut, ia membolehkan kami naik satu anak tangga sekali gus memberi kelegaan kepada kami,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Pada perlawanan itu, Sarawak menewaskan Kelantan 2-0 hasil jaringan Demerson Bruno Costa pada minit ke-21 dan Mateo Roskam pada minit ke-35.

Sarawak kini mengumpul 14 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, hasil tiga kemenangan, lima seri dan enam kekalahan.

David berkata kemenangan itu juga menjadi suntikan semangat kepada pemainnya untuk mencipta kemenangan pada perlawanan akan datang.

“Ia juga membantu kami meyakinkan penyokong untuk terus memberi sokongan kepada pasukan dan apa yang penting kemenangan ini dapat dijadikan tonik bagi mencipta kemenangan sulung di gelanggang sendiri dalam saingan Liga Malaysia musim ini, kerana pada perlawanan sebelum ini kami tidak pernah menang di tempat sendiri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Pasukan Kelantan, Alfredo Carlos Gonzales berkata kekalahan pasukan itu di halaman sendiri disebabkan pelbagai faktor termasuk tiada tempat latihan semasa liga berehat selama hampir sebulan pada bulan Ramadan lepas. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sarawak Selamat Daripada ‘Zon Merah’ Liga Super

Sekianlah artikel Sarawak Selamat Daripada ‘Zon Merah’ Liga Super kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarawak Selamat Daripada ‘Zon Merah’ Liga Super dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/sarawak-selamat-daripada-zon-merah-liga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :